17 September 2012

Lama sudah.

Assalamualaikum.

Sememangnya sudah agak lama tidak update. Tibatiba terjumpa satu buku ini di mana aku simpan password yang aku pernah tukar sebelum ni. Sebenarnya dulu dah tukar password blog. Alsebabnya untuk cuba nak lupakan semua kenangan dalam blog ni. Tapi tibatiba je rasa tersangat sayang semua perkara yang terkandung di dalamnya. Dan aku rasa macam nak teruskan dengan blog ni. Sebab kenangan, adalah sangat berharga buat aku. Kerana kenangan itu yang mengajar aku erti hidup sekarang ni.

Jadi keputusan aku, aku sayang semua yang aku pernah lalui yang aku karang dalam blog ni. Jadi tak salah kot kalau aku teruskan. Walaupun bukan untuk bacaan sesiapa, tapi untuk simpanan aku sebagai kenangan aku.

08 May 2012

Luahan Rasa ~

Assalamualaikum.

I'll never stop thinking of you.

Sebab saya teringin nak ada orang yang betulbetul boleh faham saya macam awak faham saya.
Tibatiba rasa sedih bila teringat balik.
Saya teringin nak lupakan semua tu, tapi saya tetap ingat setiap apa yang awak buat untuk saya.

Saya harap saya jumpa orang yang macam awak lagi dalam hidup saya.

03 May 2012

Mimpi.

Assalamualaikum.

Tibatiba mengalami mimpi buruk berulangulang kali. Kalau sekali je takpela jugak. Ni kalau dah mimpi yang sama sampai dua tiga kali, jadi terfikir apa petandanya. Selalunya aku akan lupa apa yang aku mimpi lepas bangun je dari tidur. Ni mungkin sebab mimpi yang berulang membuatkan aku terbayangbayang setiap saat dalam mimpi itu.

Aku taktahu dari mana datangnya permulaan mimpi ni. Tapi aku dituduh rampas suami orang. Hakikatnya lelaki itu adalah suami aku, dan aku adalah isteri pertamanya. Isteri kedua merupakan seorang ibu tunggal bersama beberapa orang anak yang masih kecil. Suami aku mengambilnya sebagai isteri kerana ingin membantunya tetapi dia tidak tahu bahawa suami aku sudah berkeluarga. Aku sendiri redha dan pasrah jika itu niat suami aku, dan aku tidak menghalang. Tak siapa yang tahu kewujudan aku, sehingga pada suatu hari, suami aku memberitahu semua orang bahawa aku adalah isterinya. Dan secara automatiknya semua orang melabel aku sebagai perosak rumahtangga orang. Sehingga aku dipukul, sehingga mati. Fuh dasyat mimpi mati. Selepas saat itu, baru semua orang sedar bahawa aku telah lakukan pengorbanan yang sangat besar untuk melihat orang yang aku sayang, bahagia. Walaupun aku sendiri yang rasa sakitnya, pedihnya apabila ditinggalkan. Sekian.

*Aku takdapat nak gambarkan apa yang aku rasa masa tu. Rasa macam dibawa ke alam realiti pulak. Bangun je dari tidur, kepala rasa berat seperti sedang menanggung sesuatu yang berat. Dalam hati, aku paling berharap, itu hanyalah dalam mimpi. Aku harap aku takkan alami seperti yang aku 'pernah' alami.

11 April 2012

Satu Alam Lain ~

Assalamualaikum.

Ianya bermula apabila aku menjejakkan kaki ke Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertujuan untuk lapor diri sebagai seorang jururawat yang dilantik oleh JPA. Ianya bermula 2 April 2012 di mana ianya memerlukan aku untuk ke sana untuk menerima tugas pertama sebagai seorang jururawat. Bunyinya macam nak pergi berperang. Syukur Alhamdulillah ianya rezeki dari Allah. Walaupun ianya bukan tempat pilihan bagi aku, tapi aku tetap bersyukur. Mungkin Allah sudah mengaturkan sesuatu yang lebih baik dari yang aku sangkakan.

Bermula dengan orientasi selama dua hari di JKWPKL, bermacammacam borang diisi sehingga naik jemu. Dan kami diberitahu bahawa kami kesemua 150 orang yang melapor diri di JKWPKL, akan ditempatkan di Hospital Rehabilitasi Cheras, di mana hospital tersebut masih lagi belum beroperasi. Jadi buat masa sekarang, kami diberi pilihan samada ingin memulakan tugas di Hospital Kuala Lumpur atau Hospital Putrajaya atau di klinikklinik kesihatan berhampiran. Aku awalawal lagi sudah angkat tanda pangkah pada klinikklinik kesihatan dan akhirnya aku memilih untuk lari dari kesibukan kota yang melampaulampau.

Apabila menjejakkan kaki di Hospital Putrajaya buat kali pertama pada 4 April 2012, aku sudah mula didedahkan dengan alam lain, di mana HPJ ini menempatkan wargawarga first class bak kata matron. Perasaan cuak yang melanda membuatkan aku agak gerun untuk berada di sini. Tapi aku tersangatlah suka dengan surrounding di sini. Dan keadaan bandar ini membuatkan aku jatuh cinta sehingga aku rasa taknak tinggalkan tempat ini, walaupun hakikatnya ianya adalah sementara. Dan jika aku diberi pilihan sekali lagi, aku akan pilih untuk stay di sini.

Setelah diberi pengenalan mengenai HPJ, 9 April 2012, aku diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas di Wad Pembedahan Lelaki 3A, ataupun dipanggil sebagai 3A Surgical Male Ward. Keadaan wad yang sangat tenang pada hari pertama menjejakkan kaki dengan bilangan pesakit cuma 6 orang. Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar dan aku cuba untuk belajar secara perlahanlahan. Aku harap hari mendatang akan lebih baik. InshaAllah.

08 March 2012

SBPA dan SSM.

Assalamualaikum.

Masa diisukan pasal SBPA ni dahulu sudah banyak rumors yang didengari mengenai pengambilan dan penempatan dalam perkhidmatan awam. Aku takdela faham sangat tentang ini dan itu. Tapi apa yang berlaku memang seperti apa yang diceritakan. Dan membuatkan aku sendiri menganggap bahawa memang semua penempatan dan pengambilan dalam perkhidmatan awam adalah berkaitan dengan SBPA.

Yang aku puas hati apabila SBPA dibatalkan, elaun kritikal tidak ditambat dalam SSM berbeza dengan dalam SBPA. Malahan dinaikkan 15%. Kenaikan gaji walaupun hanya 13%, tapi ianya adalah lebih baik kerana ianya adalah berterusan. Sekurangkurangnya jururawat tidak perlu terbongkokbongkok memberikan perkhidmatan kepada pesakit sehingga usia 60 tahun.

Ekoran dari keputusan PM ni, ada juga yang menyatakan rasa tidak puas hati. Antaranya ;

1) Menganggap kakitangan kerajaan ini ditipu oleh 'mereka'.
    - kerana takut menjejaskan PRU yang akan datang. Jadi mengambil keputusan sebegini untuk mengelakkan kebencian kepada parti dan beralih ke parti lain. Mereka menganggap bahawa SBPA akan dilaksanakan juga, iaitu selepas PRU 13. Apa yang akan jadi, tunggu dan lihat.

2) Harga makanan dan barangan naik.
    - kerana, hanya mendengar rumors bahawa gaji dinaikkan dalam SBPA, makcik yang menjual pisang goreng di tepi jalan menaikkan harga pisang goreng, walaupun ianya belum dilaksanakan. Kesannya sekarang, takkan makcik tu nak turunkan balik ke harga asal. Memang tak lah kan.

3) Tidak bersyukur.
    - kerana menganggap kenaikan tu hanya ciput jika dibandingkan dengan kenaikan gaji dalam SBPA. Tapi kalau dibandingkan dengan kelebihan lain dalam SSM? Anda sendiri buat kesimpulan.

4) Elaun COLA.
    - betul la kata setengah orang, takde cola, pepsi pun jadi la. Disebabkan dibezakan antara kawasan A, B dan C, ramai yang tidak berpuas hati. Mereka menganggap bahawa, kawasan bandar lebih memerlukan 'sumbangan' tu. Kahkahkah. Aku malas nak komen, kalau aku, tak kisah. *Mungkin sebab belum bekerja kot.

5) Dan lainlain.
    - KKM hold posting dulu sampai PM habis buat pengumuman. Tapi bila dah habis, hanya penempatan Jururawat U29 dan JTMP U29 yang masih belum dikeluarkan sejak dua hari lalu. Bilakah?


* Masih setia untuk menanti.

06 March 2012

Wanita, Isteri dan Ibu.

Assalamualaikum.

Semua orang mengimpikan nak jadi seorang wanita yang sempurna di mata seorang lelaki yang dikasihinya, menjadi seorang isteri yang terbaik di mata suaminya, dan menjadi ibu yang paling bahagia di antara kasih anakanak dan suami. Tapi berapa ramai yang dapat capai impian yang sebegitu? Apa yang diperlukan adalah, kekuatan, kesabaran, ketekunan, usaha yang tinggi untuk mencapainya. Bukan mudah untuk mencapainya, seperti mudahnya melafazkan katakata.

Wanita.
Kenapa nak kena sempurna? Bagi aku, cukuplah sekadar apa yang termampu, dan mampu untuk memberikan kebahagiaan kepada lelaki. Dan aku akan rasa paling setuju sekiranya seorang lelaki berkata ; 
"SETIAP ORANG MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KELEMAHAN MASINGMASING, DAN BEGITU JUGA AKU. AKU HARUS MENERIMANYA APA ADANYA, SEPERTIMANA DIA MENERIMA AKU." 
Dalam masa yang sama, kita akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk diri masingmasing, bukannya hanya setakat berpuas hati pada satu tahap.

Isteri.
Siapa kata jadi isteri tu mudah? Selalu aku dengar orang laki cakap, "lelaki dah bagi duit hantaran mahalmahal, kena buat apa je yang suami suruh". Sampai terdetik dalam hati, duit hantaran tu buat bayar gaji aku untuk masa akan datang ke. WTFish! Dan aku rasa, orang yang betulbetul dah bersedia untuk galas serta tahu tanggungjawab seorang isteri, barulah boleh nak impikan nak jadi isteri orang. Kalau setakat untuk CUBA, dan TRY tengok, sila fikirfikirkan semula. Takut akan menyesal kemudian hari.
*It's really not easy to be a WIFE.

Ibu.
Banyak aku tengok update kat Facebook, kata ; "Untungnya kalau dapat jadi seorang ibu.", "Tak sabar nak jadi seorang ibu." Tapi aku rasa, diorang tak pernah fikir kot, andainya diorang dapat seorang anak yang kurang upaya. Adakah diorang akan rasa untung? Adakah diorang akan rasa tak sabar tu berbaloi? Bila aku tengok movie Obstetric and Gynecological Doctors, ibuibu yang dapat anak kurang upaya, semua tak dapat terima kenyataan. Ada yang nak tinggalkan, meraungraung menangisi nasib yang dianggap malang, ada yang sanggup nak gugurkan kandungan selepas mengetahui anak yang dikandungnya, adalah kurang upaya. Kejamnya wahai ibu, dianggapnya anak yang dikandung itu adalah malang baginya. Bila tiada, dikatakan mahu. Bila ada, dikatakan tidak mahu. Dalam cerita, mungkinlah berbeza dengan dunia sebenar. Tapi sejujurnya, berapa ramai sebenarnya yang sanggup. Anda sendiri fikir, dan anda sendiri tentukan.

Sekian.

*Aku tak tujukan untuk sapesape. Sekadar menyatakan pendapat mengenai apa yang aku lihat, dengar.

06 February 2012

It's 25.

Assalamualaikum.

Welcome to another 'numbers'. Kuangkuang. I've bet something, and I'd lose my own bet. If I win, I will be the lucky one on the earth. But it happened otherwise. Dan keputusannya, aku akan teruskan hidup macam ni, walaupun aku sudah bercadang untuk mengubahnya. Mungkin ini takdir dan aku harus terima.

Sekian.

02 February 2012

I wish.

Assalamualaikum.

* I wish that someone who is willing to stand by my side.

14 January 2012

Geram.

Assalamualaikum.

Kalu aku braso nop maroh, wakpo mu braso nop mecok pulop. Mu xsei pujuk aku tu masaloh mu. Tapi mu nop mecok, tu pom buke masaloh aku. So, its up to mu lah mu nop mecok ko, nop maroh kelik ko. Asal mu puah aty.

*Jadi ata aku balik. Bor lah nop jupo kalu gini pranga gak. Buat saket aty sndiri n aku jugop.

11 January 2012

KataKata Bukan Untuk Dilupakan.

Assalamualaikum.

Ini adalah katakata yang aku taknak lupakan.

"Kau tu degil. Aku nak tengok lelaki mana yang dapat lembutkan hati kau."
"Aku nak jumpa lelaki yang boleh buat kau cair."

* Terima kasih. Walaupun kau takdapat lakukan ia.

01 January 2012

Azam Tahun Baru .

Assalamualaikum.

Ehemehem. Apa azam aku? Sebenarnya tak terfikir pun pasal azam sehingga aku buka Facebook semalam, ramai yang bercerita mengenai azam. Aku macam tak sedar yang tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya. Lamanya aku tak buka Facebook sehingga taktahu apa latest update dari kawankawan. Almaklumlah kesihatan yang tak mengizinkan menyebabkan aku hanya menonton televisyen dengan berselubung dan tertidur sambil ditemani televisyen yang menyala.

Back to tajuk asal. Azam, mestilah mahu apa yang berlaku adalah lebih baik dari segi apapun. Bukan kerana keinginan sematamata, tapi kerana usaha aku sendiri untuk menjadikan kehidupan aku lebih baik dari sebelumsebelumnya. Cuba untuk melupakan orang yang mungkin sudah lupakan aku. Aminn.

31 December 2011

Al-Fatihah ~

Assalamualaikum.

Tibatiba aku rasa nak buka page dia. Ruparupanya dia dah menghadap Ilahi. Sumpah aku memang langsung taktahu sebab takde siapasiapa yang beritahu. Bila aku baca post seorang rakannya di Facebook baru aku tahu yang dia dah tak ada. Aku pernah cerita pasal dia ni pada post yang sudah begitu lama. Post ini dan ini. Aku rasa sangat terkilan sebab takdapat tunaikan hajat dia untuk jumpa aku.

Beliau adalah, arwah Mohamad Haidar bin Mohd Zakaria.
Telah meninggal dunia pada 18 Jun 2011 jam 3 petang.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orangorang yang beriman.

Al-Fatihah ~

30 December 2011

Journey ~

Assalamualaikum.

Never update for a long time. Bermula dari perancangan, sehinggalah dilaksanakan.

14 Disember 2011.
LJM examination.
Gotong-royong.
Packing.

15 Disember 2011.
Going back to Penang early in the morning, around 7 am. Rumah my 'ibu' di Rumah Pangsa Sri Pauh, Bukit Mertajam. Then pulang ke kampung, di Bagan Datoh pada tengahhari dan keadaan memaksa aku untuk drive. It takes about 4 to 5 hours. Bila sampai, bermula kerjakerja yang biasa dilakukan apabila musim kenduri kahwin. Dan ianya memaksa aku tidur seawal 2030H.

16 Disember 2011.
Hanya membantu dalam masakmemasak untuk majlis akad nikah di Masjid Selekoh, selepas Asar.
Hari ini juga, umi abah datang dari Kota Bharu.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Normah binti Ariffin telah menjadi isteri yang sah kepada Mohd Zuber bin Sihi. Tahniah. Dan semoga kalian bahagia hingga ke syurga.
Bermula detik itu, saudaramara tidak putusputus berkunjung ke rumah, menyebabkan mata terpaksa ditongkatkan dengan manjis.

17 Disember 2011.
Kenduri. Bla bla bla. Badan tersangatlah penat. Baru aku tahu rupanya saudaramara aku ni tersangatlah ramai. Sampai nak ingat sorangsorang pun susah. Fuhh.

18 Disember 2011.
Acara mengemas. Not much. Sebab aku lebih banyak curi tulang.

19 Disember 2011.
My cousins from Setiu was coming. Ajak memancing di jeti pula. Sory aku malas. HAHA. Dari petang sampai ke malam. Nasib tak ikut.

20 Disember 2011.
Teruskan perjalanan ke Bidor, rumah Maksu aku dan cousins aku sekali lah, dan tinggal bersama, atuk aku. Nampak happy je, sebab cousins aku bawak cicitcicit dia. They bring 2 out of 6 cicit he have.
Then going back to Penang, again. Take a short rest, then going to Padang Kota for the 'Pasembur' and kerang bakar. Benda wajib buat kalau family balik Penang.

21 Disember 2011.
Early in the morning, going to Jeti Kuala Perlis, untuk ke Langkawi bagi memenuhi percutian 2 hari 1 malam dengan umi, ibu, adikadik dan sepupu aku. Yeay! Abah taknak ikut sebab takut pening naik feri. But he had promise that he will follow us one day. We'll see. Taknak cerita banyak tentang ini. Yang pastinya ianya adalah suatu percutian yang menarik, memenatkan dan menghitamkan kulit.

22 Disember 2011.
Feri 1445H. Jalanjalan je feri, mata terus terpejam. Tapi timbul rasa sakit hati apabila si bapa tidak mengendahkan anaknya menendangnendang kerusi aku. Membara je hati ni. Tapi aku sabarkan. Sampai di jeti pula, insiden yang agak bangang apabila datang seorang makcik memakihamun aku. Hai makcik, nasib aku sedar yang kau tu makcik,  kalau tak, aku taktahu apa nasib kau. Ayat paling b****** dari makcik tu, "saya doakan awak tak selamat". WTH, makcik. *Dalam hati aku pun duk makihamun makcik ni. Sabarsabar. Perjalanan pulang, tertidur. Sampai di rumah, tertidur. Dikejutkan untuk makan nasi goreng udang yang dibeli. Nasib tak tertidur. Selesai, terus masuk tidur.

23 Disember 2011.
Pagipagi lagi dikejutkan ibu, untuk ke Padang Serai for another kerja kahwin anak saudaranya, Sham dan Ina. Punya la malas aku nak bergerak, aku mengadap kuali tolong goreng ikan sampai tengah hari. Then sambung buat bunga telur sampai ke petang. Malam, aku pulang. Ke Bukit Minyak beli beger besar Pak Ngah. Makan dan tidur.

24 Disember 2011.
Juga pagipagi lagi NKMN call aku bertanya kedudukan aku. Jawapan aku, OTW, walhal aku baru nak turun dari rumah. Drive alone, dari Juru ke Changkat Jering kerana rakanrakan menanti di sana. Trefik agak lancar disebabkan aku follow belakang Vios putih bernombor plet PJM **** sehingga keluar tol Changkat Jering. Fuhh laju siot Vios tu. Terus menuju destinasi, Langkap. GPS haram tak boleh pakai. HAHA. Last sekali ikut GPS sendiri, Gua Punya Suka. Rumah pengantin dicam dengan adanya banting. Semua orang tak percaya dia buat banting. Almaklumlah sikapnya macam kanakkanak main kawenkawen. Apapun, tahniah dan selamat pengantin baru buat Filzah dan Syahrom. Semoga kalian bahagia hingga ke syurga. Amin.
Perjalanan pulang terdapat 'hasutan' dari rakanrakan untuk tidak terus pulang, walhal aku dah rasa penat. Tapi aku fikir, ini adalah rare. Jadi apa salahnya menurut mereka untuk singgah di Ipoh sebelum berpisah. Berjalan di Ipoh Parade. Terlintas untuk stay nak tengok Maher Zain di stadium kononnya. Tapi perancangan yang tidak ada, jadi aku simpan baikbaik dalam hati aku. Teruskan perjalanan, MashaAllah keretakereta bergerak ibarat kanakkanak merangkak. Masuk tol Changkat Jering, mak ai rasa macam nak terbangkan kereta. Sambilsambil perhati McDonald Simpang. Padahal perut masih kenyang. Sajasaja ushar, sebagai diversional terapi terhadap kesesakan jalanraya. Masuk Kamunting keluar Juru, Bukit Minyak, rumah. Diajak kakak dan adik dan sepupu makan McD. Sumpah aku tak larat dah. Aku buat keputusan jadi pemerhati yang setia di tepi dinding. Sampai rumah, pengsan. Before that, aku decide untuk booking flight terus balik ke Kota Bharu walaupun mahal. Dah tak sanggup nak hadap bas lamalama pula.

25 Disember 2011.
Adik aku meminta untuk dihantar ke USM untuk berjumpa rakannya. Then aku dan kakak dan sepupu terus saja ke QB untuk elak pembaziran wang ke arah tangki minyak dan tol dan masa dan tenaga. Menonton Alvin and The Chipmunks 3. Better tonton cerita macamni dari cerita hantu yang tahpape. Selesai, terus ke Tapak Pesta di Sungai Nibong. Sebelum tiba, terpaksa mengharungi jalan yang jem lagi. Kenapalah ramai sangat manusia. Ouh, it's Christmas. Di pesta, aku dan kakak aku, beranikan diri untuk test Challenger. At last, kami muntah berjemaah dan terus pulang. Serius aku rasa badan berpeluh walhal ianya berputar tersangatlah laju walaupun tidaklah mencecah 360 darjah. Selalunya kami akan cuba selagi ada game yang diwujudkan. Andainya aku tak pening, mesti aku dah try yang lain. Mungkin sebab penat, jadi tak berpeluang. Takpelah mungkin bukan rezeki aku kali ni. Pulang ke rumah, pengsan once again. Asyikasyik pengsan je.

26 Disember 2011.
Flight 0715H. Arrive 0800H. Alhamdulillah dijemput oleh umi. Pulang sahaja, makan, dan tidur sehingga petang. Qada selagi boleh. Sakit seluruh badan. Diserang demam dan ulcer dalam mulut yang takterkira bilangannya. And going to see the doctor. Thanks to doctor kerana ubatubatnya. *Bonjella, PCM, Papase. I thought di klinik kerajaan je ada ubatubat tu.

Setelah perjalanan yang panjang, sehingga 29 Disember ini, aku cuma berkurung di dalam rumah dengan jayanya.

((:

29 December 2011

DiamDiam .

Assalamualaikum.

Siapa dendam dengan aku, aku 10 kali lagi dendam dengan kau. Ciss! Diamdiam kau orang sangka baik, tapi rupanya tak seperti yang dirupakan.

24 November 2011

Wish .

Assalamualaikum.

* I wish u, "Semoga bahagia, semoga happy".

Ye, bahagia dan happy itu subjektif.

17 November 2011

Bila Hati Kecilku Berbicara ~

Assalamualaikum.

Aku tak tahu kenapa jadi kat aku. Penat lah nak fikir. Penat lah nak menanggung. Aku dah takde tempat nak mengadu apa yang aku rasa. Aku tak tahu kenapa kisah itu perlu ada. Sehingga kau anggap aku, 'MUDAH'. Sedangkan itu adalah masa lalu. Kau ungkit segala. Segala yang buruk, aku. Segala yang menipu, aku. Segala yang tak betul, aku. Segala penyebab, aku. Segala punca, aku. Kau cakap ibarat aku ni sebatang tiang yang tegak takkan melawan apa yang kau cakap. Aku diam. Hanya mendengar. Menerima apa sahaja yang dikatakan.Tapi dalam hati aku, menahan sebak. Tapi aku perlu kuat. HARUS. Aku tahu aku takkan dapat menahan itu, jika aku bersuara.

*Aku sudah melangkah setapak, bagaimana aku mahu berundur sekiranya tiada laluan untuk aku.

16 November 2011

Saya rasa nak nangis . cepat Peluk saya [Part 2] ~

Assalamualaikum.

Saya RINDU awak walaupun rindu awak bukan untuk saya lagi .


saya SAYANG awak walaupun awak dah tak sayang saya lagi .



saya CINTA awak walaupun cinta awak bukan untuk saya lagi 

(`;

15 November 2011

Mish ~

Assalamualaikum.

Aku RINDU pada CINTA ku ~
Really.

13 November 2011

CUTI ~

Assalamualaikum.

Definisi CUTI bagi aku untuk kali ni, no more buka bukubuku dan notanota berkaitan pelajaran selepas hampir 3 tahun berada di KeKAS ini. Ini lah cuti paling bermakna dalam hidup aku. Cuma menanti keputusan peperiksaan sahaja. Aku harap JP1/2009 akan memecahkan rekod supaya dapat buktikan kami juga mampu capai 100%.

Setelah pelbagai hina, umpat keji orang pasal kami, akhirnya kami akan habiskan pelajaran kami di sini. Tiada lagi sakit hati, terguris hati di pihak kami. Semoga kalian hidup aman damai tanpa kami. Tapi aku percaya, kalian pasti akan merindui kami. Its not a promise, but its a must. We'll see. Takde siapa yang tahu apa yang kami rasa melainkan diri kami sendiri. Sakit, perit, terhina, rendah diri, segalanya yang tidak baik di'cop' atas dahi kami. Cess! Yang pernah kami sumbangkan, takde siapa yang ingat. One mistake only, dah cukup nak tunjuk kami ni seterukteruknya. MashaAllah perangai manusia. Memang tak pernah senang dengan pencapaian orang lain.

Cuma tinggal lebih kurang 3/52 sahaja lagi. Mohon untuk hatiku bersabar, bertahan. Untuk aku tidak lagi jejakkan kaki ke 'neraka dunia' ini. Best of luck NURUL IZZAH.  (;

07 November 2011

AidilAdha ~

Assalamualaikum.

"AidilAdha yang tiada makna buat aku".

Tapi baru aku sedar aku tak patut terlintas sikit pun macam tu. Walaupun aku jauh, tapi mereka tetap ada. Mereka masih ada untuk aku. Kali pertama beraya dengan air mata di pagi raya. Sangat terkilan tak dapat salam cium tangan cium pipi umi abah. Takbir raya jauh di perantauan. Sedihnya. Aku rasa seolaholah aku tidak diingati. Nasib tak banjir Alor Setar ni. Raya sorangsorang cuma ditemani rakanrakan senasib. Cemburu melihat ibubapa datang melawat. Sengaja aku sabarkan hati, kuatkan hati, katakan, "Walaupun ibubapa aku tak datang, tapi mereka ingat aku". Hoho hatiku banjir.

Tapi Alhamdulillah masih diberi kesempatan menunaikan solat hari raya AidilAdha di Masjid Jame' Kepala Batas, Kedah Darul Aman. Tahun ni tak nampak orang sembelih lembu. Tahun depan apatah lagi.

Sedihsedihsedih.

Hari raya makan fastfood. Memang terbaik la bila semua kedaikedai makan di Alor Setar ini ditutup. HAHA.

Thanks to Fatin kerana menjamu kami makan dengan makanan yang dibawa keluarga. Ada nasi ikan keli, nasi impit kuah kacang rendang ayam rendang daging, dan LEMANG HANGIT. HAHA. Sekurangkurangnya ada yang sudi menumpang kesenangan bersama kami. Love muchmuchy.