17 September 2012

Lama sudah.

Assalamualaikum.

Sememangnya sudah agak lama tidak update. Tibatiba terjumpa satu buku ini di mana aku simpan password yang aku pernah tukar sebelum ni. Sebenarnya dulu dah tukar password blog. Alsebabnya untuk cuba nak lupakan semua kenangan dalam blog ni. Tapi tibatiba je rasa tersangat sayang semua perkara yang terkandung di dalamnya. Dan aku rasa macam nak teruskan dengan blog ni. Sebab kenangan, adalah sangat berharga buat aku. Kerana kenangan itu yang mengajar aku erti hidup sekarang ni.

Jadi keputusan aku, aku sayang semua yang aku pernah lalui yang aku karang dalam blog ni. Jadi tak salah kot kalau aku teruskan. Walaupun bukan untuk bacaan sesiapa, tapi untuk simpanan aku sebagai kenangan aku.

0 comments: