24 November 2011

Wish .

Assalamualaikum.

* I wish u, "Semoga bahagia, semoga happy".

Ye, bahagia dan happy itu subjektif.

17 November 2011

Bila Hati Kecilku Berbicara ~

Assalamualaikum.

Aku tak tahu kenapa jadi kat aku. Penat lah nak fikir. Penat lah nak menanggung. Aku dah takde tempat nak mengadu apa yang aku rasa. Aku tak tahu kenapa kisah itu perlu ada. Sehingga kau anggap aku, 'MUDAH'. Sedangkan itu adalah masa lalu. Kau ungkit segala. Segala yang buruk, aku. Segala yang menipu, aku. Segala yang tak betul, aku. Segala penyebab, aku. Segala punca, aku. Kau cakap ibarat aku ni sebatang tiang yang tegak takkan melawan apa yang kau cakap. Aku diam. Hanya mendengar. Menerima apa sahaja yang dikatakan.Tapi dalam hati aku, menahan sebak. Tapi aku perlu kuat. HARUS. Aku tahu aku takkan dapat menahan itu, jika aku bersuara.

*Aku sudah melangkah setapak, bagaimana aku mahu berundur sekiranya tiada laluan untuk aku.

16 November 2011

Saya rasa nak nangis . cepat Peluk saya [Part 2] ~

Assalamualaikum.

Saya RINDU awak walaupun rindu awak bukan untuk saya lagi .


saya SAYANG awak walaupun awak dah tak sayang saya lagi .



saya CINTA awak walaupun cinta awak bukan untuk saya lagi 

(`;

15 November 2011

Mish ~

Assalamualaikum.

Aku RINDU pada CINTA ku ~
Really.

13 November 2011

CUTI ~

Assalamualaikum.

Definisi CUTI bagi aku untuk kali ni, no more buka bukubuku dan notanota berkaitan pelajaran selepas hampir 3 tahun berada di KeKAS ini. Ini lah cuti paling bermakna dalam hidup aku. Cuma menanti keputusan peperiksaan sahaja. Aku harap JP1/2009 akan memecahkan rekod supaya dapat buktikan kami juga mampu capai 100%.

Setelah pelbagai hina, umpat keji orang pasal kami, akhirnya kami akan habiskan pelajaran kami di sini. Tiada lagi sakit hati, terguris hati di pihak kami. Semoga kalian hidup aman damai tanpa kami. Tapi aku percaya, kalian pasti akan merindui kami. Its not a promise, but its a must. We'll see. Takde siapa yang tahu apa yang kami rasa melainkan diri kami sendiri. Sakit, perit, terhina, rendah diri, segalanya yang tidak baik di'cop' atas dahi kami. Cess! Yang pernah kami sumbangkan, takde siapa yang ingat. One mistake only, dah cukup nak tunjuk kami ni seterukteruknya. MashaAllah perangai manusia. Memang tak pernah senang dengan pencapaian orang lain.

Cuma tinggal lebih kurang 3/52 sahaja lagi. Mohon untuk hatiku bersabar, bertahan. Untuk aku tidak lagi jejakkan kaki ke 'neraka dunia' ini. Best of luck NURUL IZZAH.  (;

07 November 2011

AidilAdha ~

Assalamualaikum.

"AidilAdha yang tiada makna buat aku".

Tapi baru aku sedar aku tak patut terlintas sikit pun macam tu. Walaupun aku jauh, tapi mereka tetap ada. Mereka masih ada untuk aku. Kali pertama beraya dengan air mata di pagi raya. Sangat terkilan tak dapat salam cium tangan cium pipi umi abah. Takbir raya jauh di perantauan. Sedihnya. Aku rasa seolaholah aku tidak diingati. Nasib tak banjir Alor Setar ni. Raya sorangsorang cuma ditemani rakanrakan senasib. Cemburu melihat ibubapa datang melawat. Sengaja aku sabarkan hati, kuatkan hati, katakan, "Walaupun ibubapa aku tak datang, tapi mereka ingat aku". Hoho hatiku banjir.

Tapi Alhamdulillah masih diberi kesempatan menunaikan solat hari raya AidilAdha di Masjid Jame' Kepala Batas, Kedah Darul Aman. Tahun ni tak nampak orang sembelih lembu. Tahun depan apatah lagi.

Sedihsedihsedih.

Hari raya makan fastfood. Memang terbaik la bila semua kedaikedai makan di Alor Setar ini ditutup. HAHA.

Thanks to Fatin kerana menjamu kami makan dengan makanan yang dibawa keluarga. Ada nasi ikan keli, nasi impit kuah kacang rendang ayam rendang daging, dan LEMANG HANGIT. HAHA. Sekurangkurangnya ada yang sudi menumpang kesenangan bersama kami. Love muchmuchy.

05 November 2011

Perlu ke ?

Assalamualaikum.

* Sekadar meluahkan rasa. Tak nak ianya dipersoalkan. [TITIK].

Tak faham dengan sesetengah orang, kenapa perlu nak sembunyikan sesuatu yang sudah nyata. Orang sebegini ialah orang yang mempunyai sifat dendam yang tinggi, sikap yang tidak patut ada pada seorang individu. Yang menunjukkan dirinya yang hipokrit. Aku benci pada orang yang hipokrit. Perlu ke macam tu? Aku takde rugi apa pun, tapi kau tak rasa ke diri kau tu macam mana. Hey manusia, fikirlah. Apa faedah yang kau dapat dengan buat macam tu. Aku salah apa dengan kau. Macam haram betul. Geram!

Sangat susah aku hadapi hidup yang ada depan mata aku ni. Apatah lagi nak selesaikan. Peritnya hati. Yang aku boleh katakan, SABARLAH HATI. Tapi sejauh mana aku boleh bersabar. Aku sehingga tak tahu mana salah, mana silap, hingga aku rasa tawar. Hampir kepada tiada rasa. Ingin kembali neutral. Tapi banyak hati yang perlu aku jaga. Adakah apa yang berlaku ni adalah satu kesilapan? Ya Allah, aku mohon petunjukMu.

Ya Allah, aku mohon padaMu Ya Allah.
Aku mohon Kau ampunkan dosadosaku Ya Allah.
Aku mohon Kau permudahkan segala urusanku Ya Allah.
Aku mohon Kau beri aku petunjuk dan hidayahMu Ya Allah.
Aku mohon Kau jauhkan aku dari dugaan yang tak mampu untuk aku lalui Ya Allah.
Hanya padaMu aku bermohon dan hanya padaMu aku berserah.
Aminn ~

01 November 2011

Count on me .

Assalamualaikum.

You can count on me.
Like one, two, three.
I'll be there.
And I know when I need it.

I can count on you.
Like four, three, two.
You'll be there.
Cause there's what friends are supposed to do.

Nak tukar blog punya lagu tapi sayang dengan YOU.
;p