03 May 2012

Mimpi.

Assalamualaikum.

Tibatiba mengalami mimpi buruk berulangulang kali. Kalau sekali je takpela jugak. Ni kalau dah mimpi yang sama sampai dua tiga kali, jadi terfikir apa petandanya. Selalunya aku akan lupa apa yang aku mimpi lepas bangun je dari tidur. Ni mungkin sebab mimpi yang berulang membuatkan aku terbayangbayang setiap saat dalam mimpi itu.

Aku taktahu dari mana datangnya permulaan mimpi ni. Tapi aku dituduh rampas suami orang. Hakikatnya lelaki itu adalah suami aku, dan aku adalah isteri pertamanya. Isteri kedua merupakan seorang ibu tunggal bersama beberapa orang anak yang masih kecil. Suami aku mengambilnya sebagai isteri kerana ingin membantunya tetapi dia tidak tahu bahawa suami aku sudah berkeluarga. Aku sendiri redha dan pasrah jika itu niat suami aku, dan aku tidak menghalang. Tak siapa yang tahu kewujudan aku, sehingga pada suatu hari, suami aku memberitahu semua orang bahawa aku adalah isterinya. Dan secara automatiknya semua orang melabel aku sebagai perosak rumahtangga orang. Sehingga aku dipukul, sehingga mati. Fuh dasyat mimpi mati. Selepas saat itu, baru semua orang sedar bahawa aku telah lakukan pengorbanan yang sangat besar untuk melihat orang yang aku sayang, bahagia. Walaupun aku sendiri yang rasa sakitnya, pedihnya apabila ditinggalkan. Sekian.

*Aku takdapat nak gambarkan apa yang aku rasa masa tu. Rasa macam dibawa ke alam realiti pulak. Bangun je dari tidur, kepala rasa berat seperti sedang menanggung sesuatu yang berat. Dalam hati, aku paling berharap, itu hanyalah dalam mimpi. Aku harap aku takkan alami seperti yang aku 'pernah' alami.

0 comments: