08 March 2012

SBPA dan SSM.

Assalamualaikum.

Masa diisukan pasal SBPA ni dahulu sudah banyak rumors yang didengari mengenai pengambilan dan penempatan dalam perkhidmatan awam. Aku takdela faham sangat tentang ini dan itu. Tapi apa yang berlaku memang seperti apa yang diceritakan. Dan membuatkan aku sendiri menganggap bahawa memang semua penempatan dan pengambilan dalam perkhidmatan awam adalah berkaitan dengan SBPA.

Yang aku puas hati apabila SBPA dibatalkan, elaun kritikal tidak ditambat dalam SSM berbeza dengan dalam SBPA. Malahan dinaikkan 15%. Kenaikan gaji walaupun hanya 13%, tapi ianya adalah lebih baik kerana ianya adalah berterusan. Sekurangkurangnya jururawat tidak perlu terbongkokbongkok memberikan perkhidmatan kepada pesakit sehingga usia 60 tahun.

Ekoran dari keputusan PM ni, ada juga yang menyatakan rasa tidak puas hati. Antaranya ;

1) Menganggap kakitangan kerajaan ini ditipu oleh 'mereka'.
    - kerana takut menjejaskan PRU yang akan datang. Jadi mengambil keputusan sebegini untuk mengelakkan kebencian kepada parti dan beralih ke parti lain. Mereka menganggap bahawa SBPA akan dilaksanakan juga, iaitu selepas PRU 13. Apa yang akan jadi, tunggu dan lihat.

2) Harga makanan dan barangan naik.
    - kerana, hanya mendengar rumors bahawa gaji dinaikkan dalam SBPA, makcik yang menjual pisang goreng di tepi jalan menaikkan harga pisang goreng, walaupun ianya belum dilaksanakan. Kesannya sekarang, takkan makcik tu nak turunkan balik ke harga asal. Memang tak lah kan.

3) Tidak bersyukur.
    - kerana menganggap kenaikan tu hanya ciput jika dibandingkan dengan kenaikan gaji dalam SBPA. Tapi kalau dibandingkan dengan kelebihan lain dalam SSM? Anda sendiri buat kesimpulan.

4) Elaun COLA.
    - betul la kata setengah orang, takde cola, pepsi pun jadi la. Disebabkan dibezakan antara kawasan A, B dan C, ramai yang tidak berpuas hati. Mereka menganggap bahawa, kawasan bandar lebih memerlukan 'sumbangan' tu. Kahkahkah. Aku malas nak komen, kalau aku, tak kisah. *Mungkin sebab belum bekerja kot.

5) Dan lainlain.
    - KKM hold posting dulu sampai PM habis buat pengumuman. Tapi bila dah habis, hanya penempatan Jururawat U29 dan JTMP U29 yang masih belum dikeluarkan sejak dua hari lalu. Bilakah?


* Masih setia untuk menanti.

0 comments: