Assalamualaikum.
Ehemehem. Apa azam aku? Sebenarnya tak terfikir pun pasal azam sehingga aku buka Facebook semalam, ramai yang bercerita mengenai azam. Aku macam tak sedar yang tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya. Lamanya aku tak buka Facebook sehingga taktahu apa latest update dari kawankawan. Almaklumlah kesihatan yang tak mengizinkan menyebabkan aku hanya menonton televisyen dengan berselubung dan tertidur sambil ditemani televisyen yang menyala.
Back to tajuk asal. Azam, mestilah mahu apa yang berlaku adalah lebih baik dari segi apapun. Bukan kerana keinginan sematamata, tapi kerana usaha aku sendiri untuk menjadikan kehidupan aku lebih baik dari sebelumsebelumnya. Cuba untuk melupakan orang yang mungkin sudah lupakan aku. Aminn.