30 December 2011

Journey ~

Assalamualaikum.

Never update for a long time. Bermula dari perancangan, sehinggalah dilaksanakan.

14 Disember 2011.
LJM examination.
Gotong-royong.
Packing.

15 Disember 2011.
Going back to Penang early in the morning, around 7 am. Rumah my 'ibu' di Rumah Pangsa Sri Pauh, Bukit Mertajam. Then pulang ke kampung, di Bagan Datoh pada tengahhari dan keadaan memaksa aku untuk drive. It takes about 4 to 5 hours. Bila sampai, bermula kerjakerja yang biasa dilakukan apabila musim kenduri kahwin. Dan ianya memaksa aku tidur seawal 2030H.

16 Disember 2011.
Hanya membantu dalam masakmemasak untuk majlis akad nikah di Masjid Selekoh, selepas Asar.
Hari ini juga, umi abah datang dari Kota Bharu.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Normah binti Ariffin telah menjadi isteri yang sah kepada Mohd Zuber bin Sihi. Tahniah. Dan semoga kalian bahagia hingga ke syurga.
Bermula detik itu, saudaramara tidak putusputus berkunjung ke rumah, menyebabkan mata terpaksa ditongkatkan dengan manjis.

17 Disember 2011.
Kenduri. Bla bla bla. Badan tersangatlah penat. Baru aku tahu rupanya saudaramara aku ni tersangatlah ramai. Sampai nak ingat sorangsorang pun susah. Fuhh.

18 Disember 2011.
Acara mengemas. Not much. Sebab aku lebih banyak curi tulang.

19 Disember 2011.
My cousins from Setiu was coming. Ajak memancing di jeti pula. Sory aku malas. HAHA. Dari petang sampai ke malam. Nasib tak ikut.

20 Disember 2011.
Teruskan perjalanan ke Bidor, rumah Maksu aku dan cousins aku sekali lah, dan tinggal bersama, atuk aku. Nampak happy je, sebab cousins aku bawak cicitcicit dia. They bring 2 out of 6 cicit he have.
Then going back to Penang, again. Take a short rest, then going to Padang Kota for the 'Pasembur' and kerang bakar. Benda wajib buat kalau family balik Penang.

21 Disember 2011.
Early in the morning, going to Jeti Kuala Perlis, untuk ke Langkawi bagi memenuhi percutian 2 hari 1 malam dengan umi, ibu, adikadik dan sepupu aku. Yeay! Abah taknak ikut sebab takut pening naik feri. But he had promise that he will follow us one day. We'll see. Taknak cerita banyak tentang ini. Yang pastinya ianya adalah suatu percutian yang menarik, memenatkan dan menghitamkan kulit.

22 Disember 2011.
Feri 1445H. Jalanjalan je feri, mata terus terpejam. Tapi timbul rasa sakit hati apabila si bapa tidak mengendahkan anaknya menendangnendang kerusi aku. Membara je hati ni. Tapi aku sabarkan. Sampai di jeti pula, insiden yang agak bangang apabila datang seorang makcik memakihamun aku. Hai makcik, nasib aku sedar yang kau tu makcik,  kalau tak, aku taktahu apa nasib kau. Ayat paling b****** dari makcik tu, "saya doakan awak tak selamat". WTH, makcik. *Dalam hati aku pun duk makihamun makcik ni. Sabarsabar. Perjalanan pulang, tertidur. Sampai di rumah, tertidur. Dikejutkan untuk makan nasi goreng udang yang dibeli. Nasib tak tertidur. Selesai, terus masuk tidur.

23 Disember 2011.
Pagipagi lagi dikejutkan ibu, untuk ke Padang Serai for another kerja kahwin anak saudaranya, Sham dan Ina. Punya la malas aku nak bergerak, aku mengadap kuali tolong goreng ikan sampai tengah hari. Then sambung buat bunga telur sampai ke petang. Malam, aku pulang. Ke Bukit Minyak beli beger besar Pak Ngah. Makan dan tidur.

24 Disember 2011.
Juga pagipagi lagi NKMN call aku bertanya kedudukan aku. Jawapan aku, OTW, walhal aku baru nak turun dari rumah. Drive alone, dari Juru ke Changkat Jering kerana rakanrakan menanti di sana. Trefik agak lancar disebabkan aku follow belakang Vios putih bernombor plet PJM **** sehingga keluar tol Changkat Jering. Fuhh laju siot Vios tu. Terus menuju destinasi, Langkap. GPS haram tak boleh pakai. HAHA. Last sekali ikut GPS sendiri, Gua Punya Suka. Rumah pengantin dicam dengan adanya banting. Semua orang tak percaya dia buat banting. Almaklumlah sikapnya macam kanakkanak main kawenkawen. Apapun, tahniah dan selamat pengantin baru buat Filzah dan Syahrom. Semoga kalian bahagia hingga ke syurga. Amin.
Perjalanan pulang terdapat 'hasutan' dari rakanrakan untuk tidak terus pulang, walhal aku dah rasa penat. Tapi aku fikir, ini adalah rare. Jadi apa salahnya menurut mereka untuk singgah di Ipoh sebelum berpisah. Berjalan di Ipoh Parade. Terlintas untuk stay nak tengok Maher Zain di stadium kononnya. Tapi perancangan yang tidak ada, jadi aku simpan baikbaik dalam hati aku. Teruskan perjalanan, MashaAllah keretakereta bergerak ibarat kanakkanak merangkak. Masuk tol Changkat Jering, mak ai rasa macam nak terbangkan kereta. Sambilsambil perhati McDonald Simpang. Padahal perut masih kenyang. Sajasaja ushar, sebagai diversional terapi terhadap kesesakan jalanraya. Masuk Kamunting keluar Juru, Bukit Minyak, rumah. Diajak kakak dan adik dan sepupu makan McD. Sumpah aku tak larat dah. Aku buat keputusan jadi pemerhati yang setia di tepi dinding. Sampai rumah, pengsan. Before that, aku decide untuk booking flight terus balik ke Kota Bharu walaupun mahal. Dah tak sanggup nak hadap bas lamalama pula.

25 Disember 2011.
Adik aku meminta untuk dihantar ke USM untuk berjumpa rakannya. Then aku dan kakak dan sepupu terus saja ke QB untuk elak pembaziran wang ke arah tangki minyak dan tol dan masa dan tenaga. Menonton Alvin and The Chipmunks 3. Better tonton cerita macamni dari cerita hantu yang tahpape. Selesai, terus ke Tapak Pesta di Sungai Nibong. Sebelum tiba, terpaksa mengharungi jalan yang jem lagi. Kenapalah ramai sangat manusia. Ouh, it's Christmas. Di pesta, aku dan kakak aku, beranikan diri untuk test Challenger. At last, kami muntah berjemaah dan terus pulang. Serius aku rasa badan berpeluh walhal ianya berputar tersangatlah laju walaupun tidaklah mencecah 360 darjah. Selalunya kami akan cuba selagi ada game yang diwujudkan. Andainya aku tak pening, mesti aku dah try yang lain. Mungkin sebab penat, jadi tak berpeluang. Takpelah mungkin bukan rezeki aku kali ni. Pulang ke rumah, pengsan once again. Asyikasyik pengsan je.

26 Disember 2011.
Flight 0715H. Arrive 0800H. Alhamdulillah dijemput oleh umi. Pulang sahaja, makan, dan tidur sehingga petang. Qada selagi boleh. Sakit seluruh badan. Diserang demam dan ulcer dalam mulut yang takterkira bilangannya. And going to see the doctor. Thanks to doctor kerana ubatubatnya. *Bonjella, PCM, Papase. I thought di klinik kerajaan je ada ubatubat tu.

Setelah perjalanan yang panjang, sehingga 29 Disember ini, aku cuma berkurung di dalam rumah dengan jayanya.

((:

0 comments: