"AidilAdha yang tiada makna buat aku".
Tapi baru aku sedar aku tak patut terlintas sikit pun macam tu. Walaupun aku jauh, tapi mereka tetap ada. Mereka masih ada untuk aku. Kali pertama beraya dengan air mata di pagi raya. Sangat terkilan tak dapat salam cium tangan cium pipi umi abah. Takbir raya jauh di perantauan. Sedihnya. Aku rasa seolaholah aku tidak diingati. Nasib tak banjir Alor Setar ni. Raya sorangsorang cuma ditemani rakanrakan senasib. Cemburu melihat ibubapa datang melawat. Sengaja aku sabarkan hati, kuatkan hati, katakan, "Walaupun ibubapa aku tak datang, tapi mereka ingat aku". Hoho hatiku banjir.
Tapi Alhamdulillah masih diberi kesempatan menunaikan solat hari raya AidilAdha di Masjid Jame' Kepala Batas, Kedah Darul Aman. Tahun ni tak nampak orang sembelih lembu. Tahun depan apatah lagi.
Sedihsedihsedih.
Hari raya makan fastfood. Memang terbaik la bila semua kedaikedai makan di Alor Setar ini ditutup. HAHA.
Thanks to Fatin kerana menjamu kami makan dengan makanan yang dibawa keluarga. Ada nasi ikan keli, nasi impit kuah kacang rendang ayam rendang daging, dan LEMANG HANGIT. HAHA. Sekurangkurangnya ada yang sudi menumpang kesenangan bersama kami. Love muchmuchy.

0 comments:
Post a Comment