08 March 2012

SBPA dan SSM.

Assalamualaikum.

Masa diisukan pasal SBPA ni dahulu sudah banyak rumors yang didengari mengenai pengambilan dan penempatan dalam perkhidmatan awam. Aku takdela faham sangat tentang ini dan itu. Tapi apa yang berlaku memang seperti apa yang diceritakan. Dan membuatkan aku sendiri menganggap bahawa memang semua penempatan dan pengambilan dalam perkhidmatan awam adalah berkaitan dengan SBPA.

Yang aku puas hati apabila SBPA dibatalkan, elaun kritikal tidak ditambat dalam SSM berbeza dengan dalam SBPA. Malahan dinaikkan 15%. Kenaikan gaji walaupun hanya 13%, tapi ianya adalah lebih baik kerana ianya adalah berterusan. Sekurangkurangnya jururawat tidak perlu terbongkokbongkok memberikan perkhidmatan kepada pesakit sehingga usia 60 tahun.

Ekoran dari keputusan PM ni, ada juga yang menyatakan rasa tidak puas hati. Antaranya ;

1) Menganggap kakitangan kerajaan ini ditipu oleh 'mereka'.
    - kerana takut menjejaskan PRU yang akan datang. Jadi mengambil keputusan sebegini untuk mengelakkan kebencian kepada parti dan beralih ke parti lain. Mereka menganggap bahawa SBPA akan dilaksanakan juga, iaitu selepas PRU 13. Apa yang akan jadi, tunggu dan lihat.

2) Harga makanan dan barangan naik.
    - kerana, hanya mendengar rumors bahawa gaji dinaikkan dalam SBPA, makcik yang menjual pisang goreng di tepi jalan menaikkan harga pisang goreng, walaupun ianya belum dilaksanakan. Kesannya sekarang, takkan makcik tu nak turunkan balik ke harga asal. Memang tak lah kan.

3) Tidak bersyukur.
    - kerana menganggap kenaikan tu hanya ciput jika dibandingkan dengan kenaikan gaji dalam SBPA. Tapi kalau dibandingkan dengan kelebihan lain dalam SSM? Anda sendiri buat kesimpulan.

4) Elaun COLA.
    - betul la kata setengah orang, takde cola, pepsi pun jadi la. Disebabkan dibezakan antara kawasan A, B dan C, ramai yang tidak berpuas hati. Mereka menganggap bahawa, kawasan bandar lebih memerlukan 'sumbangan' tu. Kahkahkah. Aku malas nak komen, kalau aku, tak kisah. *Mungkin sebab belum bekerja kot.

5) Dan lainlain.
    - KKM hold posting dulu sampai PM habis buat pengumuman. Tapi bila dah habis, hanya penempatan Jururawat U29 dan JTMP U29 yang masih belum dikeluarkan sejak dua hari lalu. Bilakah?


* Masih setia untuk menanti.

06 March 2012

Wanita, Isteri dan Ibu.

Assalamualaikum.

Semua orang mengimpikan nak jadi seorang wanita yang sempurna di mata seorang lelaki yang dikasihinya, menjadi seorang isteri yang terbaik di mata suaminya, dan menjadi ibu yang paling bahagia di antara kasih anakanak dan suami. Tapi berapa ramai yang dapat capai impian yang sebegitu? Apa yang diperlukan adalah, kekuatan, kesabaran, ketekunan, usaha yang tinggi untuk mencapainya. Bukan mudah untuk mencapainya, seperti mudahnya melafazkan katakata.

Wanita.
Kenapa nak kena sempurna? Bagi aku, cukuplah sekadar apa yang termampu, dan mampu untuk memberikan kebahagiaan kepada lelaki. Dan aku akan rasa paling setuju sekiranya seorang lelaki berkata ; 
"SETIAP ORANG MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KELEMAHAN MASINGMASING, DAN BEGITU JUGA AKU. AKU HARUS MENERIMANYA APA ADANYA, SEPERTIMANA DIA MENERIMA AKU." 
Dalam masa yang sama, kita akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk diri masingmasing, bukannya hanya setakat berpuas hati pada satu tahap.

Isteri.
Siapa kata jadi isteri tu mudah? Selalu aku dengar orang laki cakap, "lelaki dah bagi duit hantaran mahalmahal, kena buat apa je yang suami suruh". Sampai terdetik dalam hati, duit hantaran tu buat bayar gaji aku untuk masa akan datang ke. WTFish! Dan aku rasa, orang yang betulbetul dah bersedia untuk galas serta tahu tanggungjawab seorang isteri, barulah boleh nak impikan nak jadi isteri orang. Kalau setakat untuk CUBA, dan TRY tengok, sila fikirfikirkan semula. Takut akan menyesal kemudian hari.
*It's really not easy to be a WIFE.

Ibu.
Banyak aku tengok update kat Facebook, kata ; "Untungnya kalau dapat jadi seorang ibu.", "Tak sabar nak jadi seorang ibu." Tapi aku rasa, diorang tak pernah fikir kot, andainya diorang dapat seorang anak yang kurang upaya. Adakah diorang akan rasa untung? Adakah diorang akan rasa tak sabar tu berbaloi? Bila aku tengok movie Obstetric and Gynecological Doctors, ibuibu yang dapat anak kurang upaya, semua tak dapat terima kenyataan. Ada yang nak tinggalkan, meraungraung menangisi nasib yang dianggap malang, ada yang sanggup nak gugurkan kandungan selepas mengetahui anak yang dikandungnya, adalah kurang upaya. Kejamnya wahai ibu, dianggapnya anak yang dikandung itu adalah malang baginya. Bila tiada, dikatakan mahu. Bila ada, dikatakan tidak mahu. Dalam cerita, mungkinlah berbeza dengan dunia sebenar. Tapi sejujurnya, berapa ramai sebenarnya yang sanggup. Anda sendiri fikir, dan anda sendiri tentukan.

Sekian.

*Aku tak tujukan untuk sapesape. Sekadar menyatakan pendapat mengenai apa yang aku lihat, dengar.