Di sini aku nak share story-story dan gambar-gambar sepanjang 3 hari aku beraya di rumah aku di Kelantan.
HARI PERTAMA!
Raya keempat merangkap hari pertama aku beraya di Kelantan, kami beramai-ramai menjelajah ke rumah guru-guru kami. Walaupun dulu kami ni selalu dikutuk oleh sesetengah orang sebab kenakalan kami, tapi kamilah orang yang tidak pernah lupa pada guru-guru kami. Tanpa mereka, siapalah kami pada hari ini.
Pertama sekali kami ke rumah Cikgu Othman bin Hussain merangkap guru Matematik Moden kami. Masa tu, Cikgu Othman adalah guru disiplin di sekolah kami. Tapi bagi aku, cikgu ni tersangat baik. Hehe.. Bukan nak bodek, tapi itulah kenyataannya. Apa yang kami suka pada Cikgu Othman ni ialah 'PUDING COCKTAIL' yang dibuat sendiri olehnya. Sangat sedap tau! Nyum-nyum.
[Cikgu Othman]
[Kami di Rumah Cikgu Othman]
Selesai sudah menjamu hidangan di rumah Cikgu Othman, kami beralih pula ke rumah guru Sejarah kami iaitu, Cikgu Hamidah binti Che Wil. Dulu aku paling tak minat subjek Sejarah. Sekarang pun sama lah. Hehe.. Aku tak pernah minat pun dan tak tahu lah sampai bila aku akan terus tak minat subjek ni. [sorry cikgu].. Hehe.. Kami dijamu dengan Nasi Arab yang dimasak sendiri oleh Cikgu Hamidah. Sedap juga tau! Kami ni kalau bab makan memang takde rasa segan dan silu. Apa saja yang dihidangkan pasti dijamah oleh setiap makhluk. Huhu..
[Kami di Rumah Cikgu Hamidah]Destinasi seterusnya, kami melangkah pula ke rumah Cikgu Kesayangan kami sekeluarga 5 Bestari 2oo4 iaitu Cikgu Salwani. Guru kelas kami dan juga guru yang mengajar subjek Kimia. Subjek yang aku minat, tapi susah untuk memahami apa yang diajar. Sebabnya aku menganggap Kimia adalah suatu matapelajaran yang sangat susah. Hehe.. Tapi dalam SPM aku dapat juga 5C untuk subjek ini. Kira tersangat okey la tu kan. Oleh kerana kami terlepas rumah terbuka yang di'BUKA' oleh Cikgu Salwani pada hari sebelumnya, kami makan saja apa yang ada. Tapi kuih-muih yang ada pun semuanya sedap-sedap.


[Kami di Rumah Cikgu Salwani]Bukan selesai di situ saja destinasi kami. Kami meneruskan perjalanan kami ke rumah Ustaz Radzi pula. Sudah nama pun ustaz, jadi subjek yang diajarnya adalah subjek Pendidikan Agama Islam lah. Huhu.. Apa yang aku suka tentang ustaz ni, dia ni kelakar dan perangai ada sedikit macam budak-budak sehingga membuatkan dirinya kelihatan muda sentiasa. Kami dijamu dengan roti jala. Menjalalah kami sehingga ke Laut China Selatan. Hehe..
[Kami di Rumah Ustaz Radzi]Penghujung jelajah kami, kami menapak pula di rumah cikgu kami yang paling jauh iaitu Cikgu Kamariah, yang mengajar subjek yang membuatkan semua orang seperti hilang arah tujuan iaitu matapelajaran Matematik Tambahan. Hehe.. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat juga skor walaupun cuma dapat 5C untuk subjek ni. Setibanya kami, kami dijamu dengan roti jala lagi. Lagi sekali kami menjala tapi kali ini menjala sehingga ke Lautan Antartika. Huhu.. Sangat sedap! Apatah lagi dapat makan. Hehe..
[Ini je Gambar yang Aku ada - Nazri yang Sedang Mencari SeliPARnya di Bawah Kereta]Selesai sudah pengembaraan kami ke rumah guru-guru kami sehari suntuk. Dalam perjalanan pulang, kami singgah pula di rumah sahabat kami iaitu Nurhatikah Sainudin untuk beraya. Selepas itu ke rumah aku. Alang-alang sudah berjalan, biarlah sampai puas hati masing-masing. Oleh kerana rumah aku adalah destinasi terakhir, maka sedikit sajalah yang dapat dijamah. Almaklumlah sudah kenyang dan penat pula tu. Tapi takpe, asalkan semua orang sudah berpuas hati, termasuklah aku.

[Kami di Rumah Tikah]
[kami HaNYA kawAN!]*
*
*
*
*
*
*
*
*
HARI KEDUA!
Hari ni aku ke rumah terbuka adik angkat aku pada sebelah pagi. Tak sempat nak bergambar. Aku pun tiba-tiba jadi lupa untuk bergambar. Huhu.. Sebelah petangnya aku dan tikah ke rumah sahabat kami iaitu Wan Azrin Afzan sempena Majlis Perkahwinan kakak sulung dan kakak keduanya yang dilangsungkan pada hari yang sama. Sangat meriah! Makanan pun semua sedap-sedap. Hehe..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
HARI KETIGA!
Hari terakhir sebelum pulang ke Kedah pada esok hari. Rasa sangat tidak puas berada di sini. Aku rasa macam tak nak balik ke sana lagi. Tapi apa yang aku boleh buat, hidup perlu diteruskan.
Cerita hari ketiga. Semalam ke rumah pengantin perempuan, hari ini ke rumah pengantin lelaki pula. Kerana kami dijemput, aku terpacak juga la di rumahnya. Huhu..
Selepas itu aku meneruskan perjalanan ke rumah orang yang pernah berkongsi segala suka dan duka semasa di sekolah dahulu. Seorang yang aku tidak pernah dapat lupakan kerana dia adalah orang yang sangat memahami aku. Cuma aku saja yang tidak tahu menghargai dia. Sayangnya aku hanya sedar setelah semuanya sudah terlambat. Dan kini dia sudah pun menjadi seorang yang bergelar SUAMI. Apa pun, aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dan SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT! Aku cuma mampu untuk doakan kebahagiaan DIA bersama isteri tercinta. AKU DOAKAN YANG TERBAEK SAHAJE UNTUK KAMU YE!
