23 June 2009

mEetinG 0r datinG ?

Kami bertemu lagi setelah lama tak bertemu. Ni pun sebab kawan kite ni sudi datang ke Kota Bharu untuk jumpa dengan buah hati dia yang sorang ni. Thanks yuyunk. Tapi bagi aku sehari tak cukup la. Sebab dah lame sangat tak jumpa dengan dia. Kalau ada 1 hari lagi kan bagus. Takde la terputus di tengah petang nan indah. Keh3.

Sha dah pernah story macam mana perkenalan antara kami [termasuk Mr. Nazri]. Rasenya macam dah complete. Tapi aku tak kira, aku nak tambah jugak. Hehe. Aku dengan Nazri ni dah kawan dari sekolah menengah lagi. Kiranya dari tingkatan 1 lagi aku dah tahu asal usul si Nazri ni. Cewah! Kami berkawan baik la sampai hari ni. Tapi kawan je. Tak lebih dan tak kurang jugak. Kalau tak percaya boleh tanya dengan si aisha ni.

Aku kenal dengan Aisha ni bermula dari dia datang rumah sewa kami masa masih belajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Kat situ la aku mula-mula sekali berjumpa bertentang mata dengan aisha. Ecececeh! Sebelum aku jumpa dia, aku ada pernah dengar jugak pasal dia. Jujurnya, aku memang tak pernah ambil tahu pun masa tu. Sebab aku tak kenal dia pun. Hehehe. Lepas tu mula la meng'add' kat friendster. Di situ la bermulanya persahabatan kami.

Macam tak percaya yang aku boleh cepat mesra+rapat dengan si aisha ni. Yang pentingnya, kami ada banyak persamaan dari segi hobi dan pendapat mungkin. Kami jugak banyak share story dan masalah. Kan sha? Huhuhu.

OPss! Dah 'ter'lari tajuk pulak. Aku nak cerita tentang meeting dan 'dating' kami pada 21 Jun 2oo9 merangkap Hari Bapa.

Mula-mula aisha sampai, kami bertemu di hadapan pintu masuk. Then, kami berTIGA pun mula lah mengisi perut yang sudah berkeroncong akibat tidak makan dari pagi. Tapi yang bestnya, kami diBELANJA oleh sahabat kami iaitu Mr. Nazri. Hehehe. Terima Kasih kawan, nanti boleh belanja lagi lain kali.

Then kami mula lah nak tunjuk bakat melalui... Main bowling. Cewahh! Dah lama sangat aku tak main bowling. Last aku main tahun lepas. Tapi dah lupa bila.

Kami bersama BOLA BOWLING


Tapi yang bestnya, aku yang menang. Yahoo! Tapi menang pun mata tak sampai 100 pun. Kelakar gilew. Asyik masuk longkang je. Aku tak tahu la sama ada tangan kami yang bengkok atau lantai tu yang sengat. Tapi mungkin sebab pin tu takut dengan ke'TERROR'an kami kot. Huhu.

Gambar ni aku kasi credit la kat Aisha. Sebab aku suka gambar yang di'edit' oleh Aisha ni.
Tapi aku cuma gabungkan je. Hehe. Jangan marah ye yunk.

Penat bermain sha pula cakap nak cari sesuatu untuk dijadikan sebagai tanda kenanng-kenangan kami. Aku ada jugak fikir sebelum ni. Tapi masa tu tiba-tiba pulak lupa ingatan. Hehehe. Kan aku dah cakap, aku dengan Aisha ni sama saje. Keh3.

Kami beli benda alah di atas tu kat Cityjaya di KBMall ni. Opss! Tapi Aisha yang bagi kat kami.
Comel kan. Thanks for the gift, hunny!


Sambil-sambil tu sempat jugak la kami ber'PHOTOGRAPHY' sebelum Aisha balik. Sebab abang Aisha dah call menantikan adik kesayangan dia yang dilarikan seketika oleh kami berdua. Hehehe. Tapi walaupun begitu, ada jugak la kenangan kami berdua dengan keychain yang sangat comel ni.
Thanks for the gift. Akanku simpan sebaik-baiknya.

Macam yang Aisha cakap, lepas ni kami akan kembali ke kampus masing-masing meneruskan perjuangan. Ecececeh! And for Aisha, mendaki tu baik-baik. Enjoy but diri kena jaga baik-baik ok. Nazri pulak Selamat Ber'KONVO' sebab beliau ni ex-student UDM dan semoga berjaya dalam temuduga nanti. Aku pulak akan kembali untuk menjadi senior pulak kali ni. Hahehe.

Aku harap akan ada lagi peluang untuk jumpa dengan Aisha. Luv kamu selamanya KAWAN.

8 comments:

aisHa 'S' said...

Ecececeh! Sebelum aku jumpa dia, aku ada pernah dengar jugak pasal dia.
.
.
.
.
Oh..ngumpat i yer...
hahaha

misz . izzah said...

bukan ngumpat la cyg.
i cume 'dengar',
i xcakap papew.
jd xkire sbgy ngumpat kan?

aisHa 'S' said...

hehe..
ye la....
kisah lame....
bior je,,
tu zaman budak2..
kikiki

Anonymous said...

comel kawan amusy
hehehhehhe

misz . izzah said...

sha : tawu xpew.
jangan diingat lak k.
i xdew ngumpat2 u pun.

misz . izzah said...

nazrul : sapew orgnye tuh.
hehe.

[نور عيني] said...

Salam..anda sudah di Tag..Hoho

aisHa 'S' said...

Rindu kamoo sangat-sangat..
Uwa....