25 September 2009

Salam Kembali

Assalamualaikum pembuka bicara. Dah lama tidak menge'POST' apa-apa di sini. Agak sibuk semenjak dua menjak ni. Maklumlah mengejar cita-cita yang belum pasti penghujungnya. Sekarang baru berada di semester dua. Tapi pejam celik pejam celik, sudah menghampiri hujung tahun. Rasa tidak sabar untuk masuk ke semester 3. Selepas cuti raya, aku akan 'BEKERJA', posting untuk semester ini. Rasa sangat teruja setelah sekian lama tidak berhadapan dengan masalah-masalah yang berada di sana. Tidak sabar untuk mempraktikkan apa yang telah aku pelajari sepanjang semester ini.

Sebelum terlambat, aku nak ucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua yang mengenali diri aku. Ceh macam artis pulak kan. Huhu.. Kalau ada salah dan silap selama persahabatan kita semua, aku harap mendapat kemaafan dari kalian. Kepada kawan aku yang aku tak sempat nak beraya dengannya tu, aku harap tahun depan akan ada lagi Syawal untuk kita supaya kita dapat beraya bersama. Hehe..

0 comments: