Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

20 August 2010

Aku TEMAN Kau SIAPA ?

Kalau aku p0st jeh, mesti pasal teman, kawan etc. Tapi aku tak pernah jemu pun cakap pasal kawan-kawan. Sebab bagi aku, kawan ni penting. Walaupun tak semua kawan adalah macam kawan. Kadang-kadang, menyendiri dalam bilik lagi baik, duk je dengan rumete dalam bilik diam-diam. Teng0k m0vie ke, layan FB ke, teng0k vids ke, dengar lagu ke, menyembang ke. Bahagia lagi hidup camni daripada berada di luar bilik mengadap orang-0rang yang menyakitkan mate kite je kalau dilihat. [Macam la di0rang suke teng0k aku jugak. Hehe~]. Tak kesah la. Janji aku bahagia dengan ape yang aku buat sudah. K0rang bahagia camtu, aku pun bahagia camni. Janji aku tak kacau hidup 0rang kan.

KAWAN, tak semestinye kite kene k0ngsi semua cerita bersame. Aku tahu itu. Tapi kalau da sampai tahap menipu kawan yang laen, ini suda lebih. Sebab benda yang k0rang tipu tu, 0rang da tahu la. Jangan la nak buat-buat tak tahu pulak. Nampak k0rang macam puppet je depan kami ni. Buat 0rang laen menyampah je teng0k kamu nak berlak0n tapi tak pandai. Aku pun tak paham nape nak kene tipu. Bukan ape sangat pun benda yang k0rang tipu tu. Effect dye, semua 0rang menyampah dengan k0rang. S0, ape yang k0rang nak cakap? Lu pikirlah sendiri ~

Bukan kami tak bagi peluang, tapi kamu 0rang yang tak hargai peluang. Jadi salahkah kami? Atau kamu 0rang yang tak sedar. Atau kami perlu 'sedar' kan kamu lagi? Camni ke yang k0rang kate kawan? Kalau taknak anggap kami ni kawan, takpe la. Kami siape nak pakse k0rang kan.

Ade jugak jenis yang nak perli-perli kat FB. Ingat aku kesah ke? Sendiri da buat salah, nak perli-perli 0rang pulak. Ade jugak tu jenis yang kalau bercakap je dengan dye, dye TAKKAN sekali-kali mengaku kalah walaupun da terang-terang dye salah. Hish aku betul-betul sangat TAK PAHAM dengan 0rang yang macam ni nape wujud lagi atas muke bumi ni. Geram jeh aku nak hapuskan.

25 September 2009

Aku dan Hari Raya ! o9

Hari raya yang sangat memenatkan. 3 hari berturut-turut lepas balik Kelantan ni, takde satu hari pun aku duk di rumah full satu hari. Mesti ada je program aku. Pergi rumah terbuka la, rumah cikgu la, rumah kawan-kawan kahwin la. Huhu.. Sampaikan aku pun rasa macam nak kahwin cepat-cepat. Tapi masalahnya aku belum ada calon. Itulah satu masalah yang sangat memeningkan kepala aku.

Di sini aku nak share story-story dan gambar-gambar sepanjang 3 hari aku beraya di rumah aku di Kelantan.

HARI PERTAMA!

Raya keempat merangkap hari pertama aku beraya di Kelantan, kami beramai-ramai menjelajah ke rumah guru-guru kami. Walaupun dulu kami ni selalu dikutuk oleh sesetengah orang sebab kenakalan kami, tapi kamilah orang yang tidak pernah lupa pada guru-guru kami. Tanpa mereka, siapalah kami pada hari ini.

Pertama sekali kami ke rumah Cikgu Othman bin Hussain merangkap guru Matematik Moden kami. Masa tu, Cikgu Othman adalah guru disiplin di sekolah kami. Tapi bagi aku, cikgu ni tersangat baik. Hehe.. Bukan nak bodek, tapi itulah kenyataannya. Apa yang kami suka pada Cikgu Othman ni ialah 'PUDING COCKTAIL' yang dibuat sendiri olehnya. Sangat sedap tau! Nyum-nyum.

[Cikgu Othman]

[Kami di Rumah Cikgu Othman]

Selesai sudah menjamu hidangan di rumah Cikgu Othman, kami beralih pula ke rumah guru Sejarah kami iaitu, Cikgu Hamidah binti Che Wil. Dulu aku paling tak minat subjek Sejarah. Sekarang pun sama lah. Hehe.. Aku tak pernah minat pun dan tak tahu lah sampai bila aku akan terus tak minat subjek ni. [sorry cikgu].. Hehe.. Kami dijamu dengan Nasi Arab yang dimasak sendiri oleh Cikgu Hamidah. Sedap juga tau! Kami ni kalau bab makan memang takde rasa segan dan silu. Apa saja yang dihidangkan pasti dijamah oleh setiap makhluk. Huhu..

[Kami di Rumah Cikgu Hamidah]

Destinasi seterusnya, kami melangkah pula ke rumah Cikgu Kesayangan kami sekeluarga 5 Bestari 2oo4 iaitu Cikgu Salwani. Guru kelas kami dan juga guru yang mengajar subjek Kimia. Subjek yang aku minat, tapi susah untuk memahami apa yang diajar. Sebabnya aku menganggap Kimia adalah suatu matapelajaran yang sangat susah. Hehe.. Tapi dalam SPM aku dapat juga 5C untuk subjek ini. Kira tersangat okey la tu kan. Oleh kerana kami terlepas rumah terbuka yang di'BUKA' oleh Cikgu Salwani pada hari sebelumnya, kami makan saja apa yang ada. Tapi kuih-muih yang ada pun semuanya sedap-sedap.



[Kami di Rumah Cikgu Salwani]

Bukan selesai di situ saja destinasi kami. Kami meneruskan perjalanan kami ke rumah Ustaz Radzi pula. Sudah nama pun ustaz, jadi subjek yang diajarnya adalah subjek Pendidikan Agama Islam lah. Huhu.. Apa yang aku suka tentang ustaz ni, dia ni kelakar dan perangai ada sedikit macam budak-budak sehingga membuatkan dirinya kelihatan muda sentiasa. Kami dijamu dengan roti jala. Menjalalah kami sehingga ke Laut China Selatan. Hehe..

[Kami di Rumah Ustaz Radzi]

Penghujung jelajah kami, kami menapak pula di rumah cikgu kami yang paling jauh iaitu Cikgu Kamariah, yang mengajar subjek yang membuatkan semua orang seperti hilang arah tujuan iaitu matapelajaran Matematik Tambahan. Hehe.. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat juga skor walaupun cuma dapat 5C untuk subjek ni. Setibanya kami, kami dijamu dengan roti jala lagi. Lagi sekali kami menjala tapi kali ini menjala sehingga ke Lautan Antartika. Huhu.. Sangat sedap! Apatah lagi dapat makan. Hehe..

[Ini je Gambar yang Aku ada - Nazri yang Sedang Mencari SeliPARnya di Bawah Kereta]

Selesai sudah pengembaraan kami ke rumah guru-guru kami sehari suntuk. Dalam perjalanan pulang, kami singgah pula di rumah sahabat kami iaitu Nurhatikah Sainudin untuk beraya. Selepas itu ke rumah aku. Alang-alang sudah berjalan, biarlah sampai puas hati masing-masing. Oleh kerana rumah aku adalah destinasi terakhir, maka sedikit sajalah yang dapat dijamah. Almaklumlah sudah kenyang dan penat pula tu. Tapi takpe, asalkan semua orang sudah berpuas hati, termasuklah aku.


[Kami di Rumah Tikah]

[kami HaNYA kawAN!]

*
*
*
*
*

HARI KEDUA!


Hari ni aku ke rumah terbuka adik angkat aku pada sebelah pagi. Tak sempat nak bergambar. Aku pun tiba-tiba jadi lupa untuk bergambar. Huhu.. Sebelah petangnya aku dan tikah ke rumah sahabat kami iaitu Wan Azrin Afzan sempena Majlis Perkahwinan kakak sulung dan kakak keduanya yang dilangsungkan pada hari yang sama. Sangat meriah! Makanan pun semua sedap-sedap. Hehe..

*
*
*
*
*

HARI KETIGA!

Hari terakhir sebelum pulang ke Kedah pada esok hari. Rasa sangat tidak puas berada di sini. Aku rasa macam tak nak balik ke sana lagi. Tapi apa yang aku boleh buat, hidup perlu diteruskan.

Cerita hari ketiga. Semalam ke rumah pengantin perempuan, hari ini ke rumah pengantin lelaki pula. Kerana kami dijemput, aku terpacak juga la di rumahnya. Huhu..



Selepas itu aku meneruskan perjalanan ke rumah orang yang pernah berkongsi segala suka dan duka semasa di sekolah dahulu. Seorang yang aku tidak pernah dapat lupakan kerana dia adalah orang yang sangat memahami aku. Cuma aku saja yang tidak tahu menghargai dia. Sayangnya aku hanya sedar setelah semuanya sudah terlambat. Dan kini dia sudah pun menjadi seorang yang bergelar SUAMI. Apa pun, aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dan SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT! Aku cuma mampu untuk doakan kebahagiaan DIA bersama isteri tercinta. AKU DOAKAN YANG TERBAEK SAHAJE UNTUK KAMU YE!

23 June 2009

mEetinG 0r datinG ?

Kami bertemu lagi setelah lama tak bertemu. Ni pun sebab kawan kite ni sudi datang ke Kota Bharu untuk jumpa dengan buah hati dia yang sorang ni. Thanks yuyunk. Tapi bagi aku sehari tak cukup la. Sebab dah lame sangat tak jumpa dengan dia. Kalau ada 1 hari lagi kan bagus. Takde la terputus di tengah petang nan indah. Keh3.

Sha dah pernah story macam mana perkenalan antara kami [termasuk Mr. Nazri]. Rasenya macam dah complete. Tapi aku tak kira, aku nak tambah jugak. Hehe. Aku dengan Nazri ni dah kawan dari sekolah menengah lagi. Kiranya dari tingkatan 1 lagi aku dah tahu asal usul si Nazri ni. Cewah! Kami berkawan baik la sampai hari ni. Tapi kawan je. Tak lebih dan tak kurang jugak. Kalau tak percaya boleh tanya dengan si aisha ni.

Aku kenal dengan Aisha ni bermula dari dia datang rumah sewa kami masa masih belajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Kat situ la aku mula-mula sekali berjumpa bertentang mata dengan aisha. Ecececeh! Sebelum aku jumpa dia, aku ada pernah dengar jugak pasal dia. Jujurnya, aku memang tak pernah ambil tahu pun masa tu. Sebab aku tak kenal dia pun. Hehehe. Lepas tu mula la meng'add' kat friendster. Di situ la bermulanya persahabatan kami.

Macam tak percaya yang aku boleh cepat mesra+rapat dengan si aisha ni. Yang pentingnya, kami ada banyak persamaan dari segi hobi dan pendapat mungkin. Kami jugak banyak share story dan masalah. Kan sha? Huhuhu.

OPss! Dah 'ter'lari tajuk pulak. Aku nak cerita tentang meeting dan 'dating' kami pada 21 Jun 2oo9 merangkap Hari Bapa.

Mula-mula aisha sampai, kami bertemu di hadapan pintu masuk. Then, kami berTIGA pun mula lah mengisi perut yang sudah berkeroncong akibat tidak makan dari pagi. Tapi yang bestnya, kami diBELANJA oleh sahabat kami iaitu Mr. Nazri. Hehehe. Terima Kasih kawan, nanti boleh belanja lagi lain kali.

Then kami mula lah nak tunjuk bakat melalui... Main bowling. Cewahh! Dah lama sangat aku tak main bowling. Last aku main tahun lepas. Tapi dah lupa bila.

Kami bersama BOLA BOWLING


Tapi yang bestnya, aku yang menang. Yahoo! Tapi menang pun mata tak sampai 100 pun. Kelakar gilew. Asyik masuk longkang je. Aku tak tahu la sama ada tangan kami yang bengkok atau lantai tu yang sengat. Tapi mungkin sebab pin tu takut dengan ke'TERROR'an kami kot. Huhu.

Gambar ni aku kasi credit la kat Aisha. Sebab aku suka gambar yang di'edit' oleh Aisha ni.
Tapi aku cuma gabungkan je. Hehe. Jangan marah ye yunk.

Penat bermain sha pula cakap nak cari sesuatu untuk dijadikan sebagai tanda kenanng-kenangan kami. Aku ada jugak fikir sebelum ni. Tapi masa tu tiba-tiba pulak lupa ingatan. Hehehe. Kan aku dah cakap, aku dengan Aisha ni sama saje. Keh3.

Kami beli benda alah di atas tu kat Cityjaya di KBMall ni. Opss! Tapi Aisha yang bagi kat kami.
Comel kan. Thanks for the gift, hunny!


Sambil-sambil tu sempat jugak la kami ber'PHOTOGRAPHY' sebelum Aisha balik. Sebab abang Aisha dah call menantikan adik kesayangan dia yang dilarikan seketika oleh kami berdua. Hehehe. Tapi walaupun begitu, ada jugak la kenangan kami berdua dengan keychain yang sangat comel ni.
Thanks for the gift. Akanku simpan sebaik-baiknya.

Macam yang Aisha cakap, lepas ni kami akan kembali ke kampus masing-masing meneruskan perjuangan. Ecececeh! And for Aisha, mendaki tu baik-baik. Enjoy but diri kena jaga baik-baik ok. Nazri pulak Selamat Ber'KONVO' sebab beliau ni ex-student UDM dan semoga berjaya dalam temuduga nanti. Aku pulak akan kembali untuk menjadi senior pulak kali ni. Hahehe.

Aku harap akan ada lagi peluang untuk jumpa dengan Aisha. Luv kamu selamanya KAWAN.