27 May 2011

Ilham dari TERFAKTAB ~

Assalamualaikum.

Tertarik dengan post dari TERFAKTAB ini, rasa macam nak kaitkan dengan life aku lah.

Aku dah serik jadi stalker. Walaupun bukan 24 jam, 2 jam pun dah cukup banyak hasil yang aku dapat. Wahaha. Kau nak kawan, kawan lah. Tapi kalau dah melampaui batas, itu bukan kawan dah tu. Dengan aku pun kau tak buat macam tu, tup tup tengok dengan orang lain mengalahkan aku. Banyak cantik muka kau. Kalau kau rasa nak pilih dia, just pilih and let me go. Jangan duk buat aku macam orang bodoh, tunggul kayu, atau orang yang takde perasaan. Hello? I am a human okei. Ada perasaan, ada maruah diri.

Walaupun buat kerja stalk stalk ni, takde lah sampai aku create list untuk aku stalk. Cukup sekali je aku buka, aku jumpa, aku tutup. Then nak suruh aku buka balik? Sorry. Memang tak lah. No need.

Actually niat asal bukan untuk stalk pun. Tapi alang-alang dah nampak tu, teruskan je lah kan. Memang sakit hati. Tak dinafikan lah. Cemburu? Ceh. Tak. Menyampah. Dengan aku takde pun nak sembang macam tu, reti nak bergaduh je dengan aku. Okei fine. Lets have a fight!

Aku takde lah sampai nak remove kawan-kawan dia atau dia atau dia. Kau nak kawan dengan siapa pun, ikut suka kau lah. Tapi reti lah jaga batas. Kalau aku buat, kau marah. Tapi kau buat, takpe pula. This is not fair okeh. Sekali kau buat, 10 kali aku balas. Wahh, pendendam. Aku API okeh. Maaf.

P/S ; aku bangkang! Sambil menyembunyikan perasaan aku.

Hints for Life .

Assalamualaikum.

I'm just sharing something.


1. It hurts to love someone and not be loved in return. But what is more painful is to love someone and never find the courage to let that person know how you feel.
Me ; So, just let them know how you feel. Sekurang-kurangnya kita mencuba.

2. A sad thing in life is when you meet someone who means a lot to you, only to find out in the end that it was never meant to be and you just have to let go.
Me ; Really. Tapi sekiranya akan buat dia bahagia, apa salahnya.

3. The best kind of friend is the kind you can sit on a porch swing with, never say a word, and then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had.
Me ; Heart to heart. I love, when he know what i feel, even i'm not saying a single word.

4. It's true that we don't know what we've got until we lose it, but it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives.
Me ; terima saja lah.

5. It takes only a minute to get a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone-but it takes a lifetime to forget someone.

Me ; Never forget, never regret.

6. Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth, even that fades away. Go for someone who makes you smile because it takes only a smile to make a dark day seem bright.
Me ; Yes.

7. Dream what you want to dream, go where you want to go, be what you want to be. Because you have only one life and one chance to do all the things you want to do.
Me ; Just do what i want to do. Just feel what i want to feel. At least i tried.

8. Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the person too.
Me ; Keep. Silent.

9. A careless word may kindle strife. A cruel word may wreck a life. A timely word may level stress. But a loving word may heal and bless.
Me ; I glad.

10. The happiest of people don't necessarily have the best of everything they just make the most of everything that comes along their way.
Me ; Yes.

11. Love begins with a smile, grows with a kiss, ends with a tear. When you were born, you were crying and everyone around you was smiling. Live your life so that when you die, you're the one smiling and everyone around you is crying.

Me ; So, just enjoy the life. Because everything happen for a reason.


P/S ; Life life life.

Better ~

Assalamualaikum.

Recovery.
Hope everything will be fine.
Thanks to my sister, Nurul Aqilah because being by my side.

Mulakan hari dengan baik, semoga hari mendatang adalah lebih indah.
Insya-Allah.

Thanks to Allah sebab masih ada peluang untuk aku meneruskan hidup aku.

P/S ; tetap perlu kuat walaupun sukar.

26 May 2011

Jangan Pernah Berubah ~

Assalamualaikum.


Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas tuk bertahan
Kau meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan air mata
Kekecewaanku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan Pernah Berubah ~
Jangan Pernah Berubah ~
Jangan Pernah Berubah ~
Jangan Pernah Berubah ~
Jangan Pernah Berubah ~
Jangan Pernah Berubah ~
Jangan Pernah Berubah ~
Jangan Pernah Berubah ~
Jangan Pernah Berubah ~
Jangan Pernah Berubah ~

P/S ; Kenapa tah dengan aku.

25 May 2011

Bukan nak sound, cuma nak pesan ~

Assalamualaikum.

Aku bukan nak cakap aku ni buat kerja tu bagus sangat. Tapi sekurang-kurangnya aku tak lari dari buat kerja yang patut aku buat. Pesanan untuk adik-adik ; Tak payah jadi nurse lah kalau nursing care tak nak buat. Bukan sesuatu yang nak dibanggakan dengan kerjaya jururawat ni kalau dah qualified esok-esok tak tahu nak buat kerja dan takde kualiti. Sekian.

P/S ; pesanan tulus dari hati.

22 May 2011

~

Assalamualaikum.

What if one day, i will turn into depression?
Whoa. I thought i'd already turn into it.

Macam mana nak release dari depression ni? Nak lupakan semua yang berlaku, nak buat tak tahu dengan apa yang orang cakap sekeliling aku, nak buat tak tahu dengan apa yang aku dengar, nak buat tak tahu dengan apa yang aku nampak, nak buat apa? Hidup dalam dunia sendiri lah. Ya! Sebijik macam depression punya orang. Aku nak jadi lebih kurang macam ni dah kot. Dah tak nak ambil peduli dah apa yang berlaku di sekeliling aku. Oyes! I did it! Really happy!

But, wait!

Depression, never be happy. Tapi kenapa aku? Huahuahua.
*I am trying to make myself happy.

p/s ; i love my friends so much.

15 May 2011

Abang Saya ~

Assalamualaikum.

* Post sopan dari Cik Nurul Izzah.

Saya ada seorang abang. Abang saya sukakan seorang perempuan. Tapi tak tahu macam mana nak cakap dia suka kat perempuan tu. Saya nak tolong pun tak reti. Nanti abang malu, katanya. Jadi macam mana nak tolong. Anyone?

P/S ; aku pun takde la reti.

11 May 2011

Kenapa ?

Assalamualaikum.

Aku jadi stress bila orang terlalu mengharapkan yang aku akan beri yang terbaik. Sedangkan aku tahu yang aku tak mampu nak puaskan hati semua orang. Aku tak faham kenapa dia sering nak jadikan sesuatu itu sangat rumit padahal sesuatu itu sangat remeh, sangat mudah dan sangat tidak patut untuk dirumitkan. Kadang-kadang aku rimas. Aku juga perlukan ruang untuk diri aku sendiri. Perlukan masa untuk diri aku sendiri. Tapi kenapa sekarang sehingga membuatkan aku rasa tidak mahu mempunyai komitmen lain selain daripada belajar dan kerja kelak. Aku tak nak benda lain selain daripada benda-benda ni. Ya Allah, sampai macam tu sekali aku fikir. Aku rasa macam belum sanggup untuk menanggung semua ni. Mungkin aku belum cukup kuat untuk ini. Aku cuma mampu berdoa. Sebab aku tak tahu macam mana untuk aku ceritakan, untuk aku gambarkan apa yang aku rasa, apa yang aku inginkan. Mungkin bermain dengan hati sendiri adalah lebih baik dari segalanya. Aku cuma minta Allah kuatkan hati aku, kuatkan semangat aku, cekalkan hati aku, bantu aku, beri petunjuk kepada aku untuk teruskan hidup. Dugaan, untuk mematangkan aku, untuk mencorakkan hidup aku menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ya, aku terima segalanya dengan redha.

Seorang sahabat pernah memberitahu aku, "orang yang paling kita sayang, adalah orang yang paling akan menyakitkan kita". Ya, aku setuju dengan tu. Orang-orang yang aku sayang sering menyakitkan aku, sering melukakan aku. Aku sudah banyak mengalah, sehingga kadang-kadang aku rasa penat, letih. Tapi tak terkeluar sedikit pun dari mulut aku. Kenapa? Sebab aku sayang mereka. Kenapa? Mereka tak fikir macam yang aku fikir? Kenapa? Aku rasa macam nak lari dari semua ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Tolong sesiapa jawab untuk aku.

Aku perlukan seseorang yang sedia ada untuk aku, yang sentiasa sudi untuk meminjamkan bahu di saat aku rasa ingin menangis, yang sentiasa sabar menadah telinga mendengar leteran aku, yang boleh faham kehendak aku. Anyone?

I HATE U! REALLY!


P/S ; Jangan salahkan aku sekiranya suatu hari nanti aku lari dari semua keadaan ini.

07 May 2011

Exam dan Impian ~

Assalamualaikum.

8 Mei 2011 - OSCE.
9 Mei 2011 - Medical Nursing V.
10 Mei 2011 - Surgical Nursing V.
11 Mei 2011 - Mental Health Nursing.

((:

Peperiksaan. Kerjaya. Impian umi abah. Untuk aku berjaya. Ya, tolak semua perkara yang tidak penting ke tepi. Tolak semua perkara yang menyerabutkan, yang boleh menghalang kejayaan aku. Semua tu tak penting. Yang penting impian dan harapan umi abah aku. Jadi, fokus!

( ^____^ ) v

P/S ; walaupun last minit baru nak study.

Kusut !

Assalamualaikum.

Peperiksaan akhir [ Sumatif ] yang cukup merisaukan, mengusutkan ditambah pula dengan environment yang kurang menyenangkan, persons around me, etc. Macam mana nak fokus kalau setiap hari ada je benda yang boleh merosakkan mood aku. Takkan nak buat tak tahu je. Lagi lah tak boleh nak fokus dengan apa yang aku buat hari-hari. KUSUT! Macam mana nak leraikan kusut tu. Tolong, idea. Please come.

Terjumpa satu 'quote' ;

" Tiada gunanya 1000 janji-janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan. "

Padahal ada banyak lagi quote, tapi asyik nak baca yang ni berulang-ulang. Again and again.

- Janji manis memang seronok dan menarik untuk didengar, tapi kenapa tak pastikan ianya dilaksanakan dengan baik? Tak perlu sempurna, aku cuma minta baik
- Memaafkan kata dusta, walaupun kata dusta itu hanya sekali, boleh. Tapi kesannya? Ya, kepercayaan itu bukan berada pada tahap asalnya. Maaf.
- Mengucapkan 'maaf', mudah. Untuk memaafkan, mudah ke? Untuk melupakan, tidak sama sekali.

Moral ;
- Jangan berjanji kalau tidak mampu untuk menunaikan.
- Jangan beri harapan sekiranya kau sendiri yang akan musnahkannya.
- Untuk diri sendiri, jangan mengharapkan janji itu ditunaikan.

Kecewa. Tapi takpelah. Mungkin aku belum berada di tahap 'memahami sepenuhnya'. Masa masih panjang. Aku anggap itu sebagai cabaran dalam hidup aku. Jadi, sila senyum wahai Nurul Izzah.

((:

P/S ; Errr.

18 April 2011

TERIMA KASIH ye ~

Assalamualaikum.

17 April 2011 @ 11.57 pm.
Sangat teruja.
Thanks MM. Kerana membuatkan aku lupa seketika pada kesedihan aku.

" Untuk seseorang yang mungkin dia sayangi, dan mungkin dia cintai. " [ Aku merah muka, mencari-cari apa perasaan aku. ]

" My budak manja. " [ Anda pun manja. ]

" Jangan sedih-sedih. Kalau sedih, abang kan ada. " [ Selalu ada untuk aku. TERIMA KASIH ye. ]


" biarkan aku menjaga perasaan ini, ohh
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi, aku takkan pergi
kau menjauh, aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu "

" andai akhirnya
kau tak juga kembali
aku tetap sendiri
menjaga hati "

" sejujurnya diriku masih mengharapkanmu "

P/S ; TERIMA KASIH ye. Untuk semua yang awak lakukan untuk saya.
TERIMA KASIH ye. Untuk lagu ni.
TERIMA KASIH ye. Sebab sudi menjadi teman untuk saya.

12 April 2011

M i x e d ~

Assalamualaikum.

Terpengaruh dengan Pictino. Akhirnya diberi tajuk, ' M i x e d '.

1 ; CERITERA YAN ~

[ Posting from 9/4/2011 until 22/4/2011 ]

[ Pantai Murni, Yan ]
Dari sini, boleh tengok matahari terbenam. Tapi, malas nak tunggu. Suka view ni!


 


Dengan MAHSA's JP

T=Tiada. Tapi ditambah oleh Photoshop.

Bunga sakura kah? Sangat cantik.

ABC sedap! Aiskrim sedap! Sejuk sedap! Dapat tayang kat MM laaagiii sedap!

"Itu GUNUNG JERAI." Iya? Teruja! Belakang ni je rupanya. Hari-hari tengok Gunung Jerai. Nampak sentiasa sejuk. Sentiasa terbayangkan andainya dapat ke sana.


2 ; CERITERA MM ~

Mencari cerita untuk bercerita dan menceritakan cerita. Dan dijadikan cerita, inilah ceritanya. [ confirm ada orang pening nanti ].

Asal lambat sangat kereta ni nak bertukar cat? Nak sangat jadi dark grey kan. Nah! Dah siap. Huhu.
Sorry ye kalau buruk.

Cerita asalnya, bukan kereta. Tapi, tuannya. Really mish tuannya, MM.

Mencari nombor DIGI. Lawak3!
Nak alamat ; DAPAT!
Nak IC ; DAPAT!
Paling suka bila dapat!
Lawak?
MM ; "No IC ada salah 1 nombor."
Wahaha. Aku gelak. Dah agak. Tapi padan muka, aku ignore. Sorry ye. Senyum sikit?


P/S ; ;p

05 April 2011

Dalam HATI saya ~

Assalamualaikum.

Dalam HATI saya ; rasa malas untuk bercakap dengan sesiapa.

Dalam HATI saya ; rasa sangsi.

Dalam HATI saya ; rasa kecewa.

Dalam HATI saya ; rasa sedih.

Dalam HATI saya ; rasa mahu menangis sepuas-puasnya.

Dalam HATI saya ; rasa mahu lupakan semuanya yang buat aku jadi macam ni.

Dalam FIKIRAN saya ; saya kena kuatkan semangat, cekalkan hati, tabahkan diri.

Serius. Tak tahu macam mana nak cerita, dari mana nak mula. Biarlah hati dan fikiran bermain sendiri.

Bye.

30 March 2011

Positif VS Negatif ~

Assalamualaikum.

Positif VS Negatif.

Sila pakai stokin tanpa apa-apa warna lain selain putih. Tapak hitam pun tidak dibenarkan.
Positif ; Disiplin.
Negatif ; Dalam kasut jugak, bukannya berjalan pakai stokin. Orang tak nampak juga.

Jam gantung. Sila selaraskan semua semester. Tak nak ada berbeza design.
Positif ; Disiplin.
Negatif ; Dah tiap-tiap sem penyelaras kumpulan yang order tu orang lain-lain, memang lah lain. Nak beli lain? Duit lagi. Asalkan ada cukuplah.

Kasut. Pakai kasut yang dibekalkan oleh kolej sahaja. Kenapa tak nak pakai? Tak cantik ke? Dah cukup selesa dah. Ada span lagi.
Positif ; Disiplin.
Negatif ; Memang tak cantik. Keras. Menyakitkan kaki. Cuba puan yang pakai, berapa lama boleh tahan.

Tudung. Nak pergi kenduri ke pakai tudung berlian kat tepi.
Positif ; Disiplin.
Negatif ; Pakai tudung pun dalam baju juga. Bukan duk kat luar pun. Kenapa tudung pun nak pertikaikan. Bengang.

Kelas prep. Kerja pagi, sila ke kelas pada jam 3.30 pm hingga 5.30 pm dan malam 8.30 pm hingga 10.00 pm. Dan kerja petang, sila ke kelas pada jam 8.30 am hingga 11.00 am.
Positif ; Disiplin.
Negatif ; Bila badan penat, otak penat, macam mana nak belajar. Kerja lagi.

Bila fikir, rasa sangat stress. Bila tak fikir, pun tetap rasa stress. Bila stress, aku dah rasa malas nak fikir hal-hal remeh. Nak tahu, tahu lah. Tak nak tahu, sudah lah. Serius, aku memang tak nak fikir hal lain. Yang dah ada ni dah cukup buat masa ni. Tapi bukan bermakna aku lupa. Aku tetap ingat. Takkan pernah lupa. Cuma biarlah ada ruang dan masa untuk diri sendiri dulu.


Matlamat ;
siapkan research. Management, lakukan dengan baik. Fokus! Prep? Ah, nanti dulu. All the best NURUL IZZAH. You can do it. InsyaAllah ~ [ memberi semangat untuk diri sendiri ].

Untitled ~

Assalamualaikum.

Bengang. Bila ada sorang Dr ni datang, dan tiba-tiba cakap ; "kena buat report?". Terkejut dengar soalan yang tiba-tiba. Aku jawab, "kena lah, kalau tak macam mana nak buat kerja". "korang kan student, tunggu nanti posting lah baru buat report ikut bidang masing-masing". Dalam hati aku, Dr ni belagak betul, tak tahu skop nursing tu duk diam-diam je lah. Tak pernah dengar "NURSING REPORT"?. Ingat Dr je ke kena buat report. Ingat Dr nak buat ke kerja-kerja nursing care ni. Haram memang aku berani jamin, TAKDE.

end.

Management. Lebih kurang 3/52. Banyak belajar. Walaupun terpaksa bekerja melebihi had waktu, pengalaman itu lebih bermakna. Research. Alhamdulillah berjalan lancar. Walaupun terdapat sedikit halangan, tetap boleh untuk ditangani. Terima kasih, members.

end.

17 March 2011

Aku tanya, kau jawab ~

Assalamualaikum.

Tema asalnya bermain teka-teki. 0yes. Sudah lama ditinggalkan. Kini menjadi hobi baru. Membuatkan rasa ingin ketawa.

1 ;
NI ; gedio hop turun slow, naik laju.
MM ; tutt. [ huahuahua ].
MM ; gunung berapi. [ tak fikir panjang, terus aku jawab, SALAH! ].
MM ; flying kick. [ aiyak! aku hampir-hampir nak demo flying kick ].
[ jawape ; hingus! yekk! ].

2 ;
NI ; buah gapow xdop tangkai.
MM ; buah hati! [ pantas! bab-bab ni memang cepat ].

Berbalas ; [ Err, ... ].
MM ; buah gapo ado telur.
NI ; hint? [ awal-awal aku sudah tanya hint. harap sabar main teka teki dengan aku. sebab aku akan tanya HINT dulu ].
NI ; telur dup dalei ko dup lua. [ habis hint pun aku tak dapat teka, aku tanya soalan. dengan harapan dapat jawab. sesungguhnya memang aku tak reti. wakaka ].
MM ; jawape ; buah hulu. [ tersengih-sengih aku dapat jawapan ].

3 ;
NI ; anop gapow kito pijok.
MM ; anop semut.
MM ; anop kucim. [ Nampak sangat kejam. wahaha ].
[ jawape ; anak tangga ].

Sembang-sembang. Berehat sebentar. Ingatkan tak nak sambung dah. Tapi ada yang sudi untuk diteka diteki kan lagi. Dengan riak dan takbur, mengatakan ; ore jawab senafas jah [ aku juih bibir ]. HEHE.

4 ;
NI ; lembu gapow ore cari. [ saje bagi soalan dia boleh jawab senafas. congrates congrates! HUHU ].
MM ; lembu yg hilang. [ memang nampak confident ].

5 ;
NI ; gapow hop naik xturun2. [ ehem ehem. ni pun saje bagi yang mudah ].
MM ; umur! [ dalam hati, kena cari koleksi teka teki kanak-kanak ni baru dia dapat jawab betul. wakaka ].

6 ;
NI ; binatang gapow xdop palo?
MM ; kura2. [ Terbayang kura-kura. Sambil bayangkan kura-kura takde kepala betul-betul ].
MM ; hint.
NI ; buleyh dimakei.
MM ; landak. [ Agaknya dia tertukar landak dengan binatang lain ].
MM ; aye keno smelih.
NI ; wakpo xoyap lembu keno semelih. [ kalau ikut nak hurai lagi banyak pasal binatang kena sembelih ni ].

7 ;
NI ; bintang gapow dup dalei laut.
MM ; tapak sulaiman. [ 0yes. Soalan mudah yang budak umur 4 tahun boleh jawab. Saje test kat orang umur lebih dewasa ].
MM ; patrick star! [ Terus terbayang patrick! 0uh, si penjawab ni peminat kartun. Patut lah ].

8 ;
NI ; Gapow dio pagar dup dalei, tebing dup lua.
MM ; ore tane ubi? [ sambil aku tengok semula soalan, dan berfikir. Kenapa jawapan lain macam je. 0uh, patut lah. Takde kaitan. Wakaka ].
MM ; ore paka brace.
MM ; ore paka gigi besi.
MM ; ore paka gigi palsu.
MM ; ore tane ubi paka gigi besi. [ lagi la aku rasa takde kaitan ].
MM ; Kenapa gigi? [ Tidak puas hati. Sorry. Soalan dan jawapannya begitu ].
Tapi ada juga terfikir, macam takde kaitan jugak. Haha. Aku ni semua aku kata takde kaitan.

9 ;
MM ; Sapo keno maroh time gorib td. [ err. diam sekejap ].
NI ; MM! [ ketawa tak pandang kiri kanan ].
Teringat kena marah. Tapi buat tak tahu je. Abe bekem!

P/S : I miss you!

12 March 2011

Teruja . Excited , rupanya sama ~

Assalamualaikum.

Aku, sudah lama tidak mengalami perasaan teruja. Wah, terima kasih. Kerana memberi satu pengalaman yang mengujakan yang tak pernah berlaku pada aku sebelum ini. Sesungguhnya aku sangat suka, dan sangat suka, dan tersangatlah suka.

I miss you!

19 February 2011

Semuanya Kerana KAWAN ~

Assalamualaikum.

Kenapa? Sebab kawan, aku sangat mudah terasa. Kenapa? Kawan-kawan buat aku macam ni. Kau, pilih orang yang kau baru kenal semalam, daripada aku. Tinggalkan aku sorang-sorang. Fine. Kawan yang sangat bagus untuk aku. Kenapa ada satu je kawan macam kau? Kau. Buat aku berair mata. Terima kasih.

Kau lagi. Bukan. Kau orang lain. Buat aku sakit hati. Kenapa? Aku kacau kau ke? Cuit pun tak. Kau? Kata-kata, tak reti nak jaga? Kau. Juga. Buat aku berair mata. Terima kasih.

Kau. Orang lain lagi. Kawan juga. Hurghhh! Tak tahu nak cakap macam mana. Kau. Juga. Buat aku berair mata.

Kau. Juga orang lain. Kenapa? Keras hati. Nak lawan dengan aku? Betul ni? Tapi, kenapa? Salah ke aku? Aku salah, aku sorry. Tapi. Betul nak aku terus buat tak tahu? Okay, aku buang semua benda yang ada kenangan, kaitan dengan kau. Tak cuit. Duk diam-diam dalam tanah. Kau. Cakap. Tak nak buat aku sakit hati, sahaja, bukan cakap, tak nak buat aku berair mata. Terima kasih, kau berjaya.

Terima kasih, semua. Kawan-kawan. Yang aku sayang ~

17 February 2011

BUKAN B0san , TAPI agak letih ~

Assalamualaikum.

Semua, bukan kerana aku bosan, bukan kerana aku jemu, bukan kerana aku benci. Tapi, aku penat, aku letih, aku rasa perlu ruang, perlu sesuatu, untuk diri aku sendiri. Bukan kerana aku pentingkan diri, tapi kerana orang tidak menganggap aku penting.

Nak jaga hati orang, bukanlah semudah ABC, bukan semudah 123. Jaga hati sendiri, pun sangat susah, apa lagi jaga hati orang. Tersangat penat. Need Rest !

05 February 2011

February kembali ~

Assalamualaikum.

Usia. 24 tahun. 3 February. Menjadi aku, mencari sesuatu, mengimpikan sesuatu. Apakah? Masih mencari.

Menyakiti dan disakiti. Rasanya? Aku merasakannya. Kamu juga. Sorry.