Peperiksaan akhir [ Sumatif ] yang cukup merisaukan, mengusutkan ditambah pula dengan environment yang kurang menyenangkan, persons around me, etc. Macam mana nak fokus kalau setiap hari ada je benda yang boleh merosakkan mood aku. Takkan nak buat tak tahu je. Lagi lah tak boleh nak fokus dengan apa yang aku buat hari-hari. KUSUT! Macam mana nak leraikan kusut tu. Tolong, idea. Please come.
Terjumpa satu 'quote' ;
" Tiada gunanya 1000 janji-janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan. "
Padahal ada banyak lagi quote, tapi asyik nak baca yang ni berulang-ulang. Again and again.
- Janji manis memang seronok dan menarik untuk didengar, tapi kenapa tak pastikan ianya dilaksanakan dengan baik? Tak perlu sempurna, aku cuma minta baik
- Memaafkan kata dusta, walaupun kata dusta itu hanya sekali, boleh. Tapi kesannya? Ya, kepercayaan itu bukan berada pada tahap asalnya. Maaf.
- Mengucapkan 'maaf', mudah. Untuk memaafkan, mudah ke? Untuk melupakan, tidak sama sekali.
Moral ;
- Jangan berjanji kalau tidak mampu untuk menunaikan.
- Jangan beri harapan sekiranya kau sendiri yang akan musnahkannya.
- Untuk diri sendiri, jangan mengharapkan janji itu ditunaikan.
Kecewa. Tapi takpelah. Mungkin aku belum berada di tahap 'memahami sepenuhnya'. Masa masih panjang. Aku anggap itu sebagai cabaran dalam hidup aku. Jadi, sila senyum wahai Nurul Izzah.
((:
P/S ; Errr.

0 comments:
Post a Comment