Aku jadi stress bila orang terlalu mengharapkan yang aku akan beri yang terbaik. Sedangkan aku tahu yang aku tak mampu nak puaskan hati semua orang. Aku tak faham kenapa dia sering nak jadikan sesuatu itu sangat rumit padahal sesuatu itu sangat remeh, sangat mudah dan sangat tidak patut untuk dirumitkan. Kadang-kadang aku rimas. Aku juga perlukan ruang untuk diri aku sendiri. Perlukan masa untuk diri aku sendiri. Tapi kenapa sekarang sehingga membuatkan aku rasa tidak mahu mempunyai komitmen lain selain daripada belajar dan kerja kelak. Aku tak nak benda lain selain daripada benda-benda ni. Ya Allah, sampai macam tu sekali aku fikir. Aku rasa macam belum sanggup untuk menanggung semua ni. Mungkin aku belum cukup kuat untuk ini. Aku cuma mampu berdoa. Sebab aku tak tahu macam mana untuk aku ceritakan, untuk aku gambarkan apa yang aku rasa, apa yang aku inginkan. Mungkin bermain dengan hati sendiri adalah lebih baik dari segalanya. Aku cuma minta Allah kuatkan hati aku, kuatkan semangat aku, cekalkan hati aku, bantu aku, beri petunjuk kepada aku untuk teruskan hidup. Dugaan, untuk mematangkan aku, untuk mencorakkan hidup aku menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ya, aku terima segalanya dengan redha.
Seorang sahabat pernah memberitahu aku, "orang yang paling kita sayang, adalah orang yang paling akan menyakitkan kita". Ya, aku setuju dengan tu. Orang-orang yang aku sayang sering menyakitkan aku, sering melukakan aku. Aku sudah banyak mengalah, sehingga kadang-kadang aku rasa penat, letih. Tapi tak terkeluar sedikit pun dari mulut aku. Kenapa? Sebab aku sayang mereka. Kenapa? Mereka tak fikir macam yang aku fikir? Kenapa? Aku rasa macam nak lari dari semua ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Tolong sesiapa jawab untuk aku.
Aku perlukan seseorang yang sedia ada untuk aku, yang sentiasa sudi untuk meminjamkan bahu di saat aku rasa ingin menangis, yang sentiasa sabar menadah telinga mendengar leteran aku, yang boleh faham kehendak aku. Anyone?
I HATE U! REALLY!

P/S ; Jangan salahkan aku sekiranya suatu hari nanti aku lari dari semua keadaan ini.

1 comments:
fara ada utk akak.. fara dah angap akak mcm kakak fara sendiri
Post a Comment