05 November 2011

Perlu ke ?

Assalamualaikum.

* Sekadar meluahkan rasa. Tak nak ianya dipersoalkan. [TITIK].

Tak faham dengan sesetengah orang, kenapa perlu nak sembunyikan sesuatu yang sudah nyata. Orang sebegini ialah orang yang mempunyai sifat dendam yang tinggi, sikap yang tidak patut ada pada seorang individu. Yang menunjukkan dirinya yang hipokrit. Aku benci pada orang yang hipokrit. Perlu ke macam tu? Aku takde rugi apa pun, tapi kau tak rasa ke diri kau tu macam mana. Hey manusia, fikirlah. Apa faedah yang kau dapat dengan buat macam tu. Aku salah apa dengan kau. Macam haram betul. Geram!

Sangat susah aku hadapi hidup yang ada depan mata aku ni. Apatah lagi nak selesaikan. Peritnya hati. Yang aku boleh katakan, SABARLAH HATI. Tapi sejauh mana aku boleh bersabar. Aku sehingga tak tahu mana salah, mana silap, hingga aku rasa tawar. Hampir kepada tiada rasa. Ingin kembali neutral. Tapi banyak hati yang perlu aku jaga. Adakah apa yang berlaku ni adalah satu kesilapan? Ya Allah, aku mohon petunjukMu.

Ya Allah, aku mohon padaMu Ya Allah.
Aku mohon Kau ampunkan dosadosaku Ya Allah.
Aku mohon Kau permudahkan segala urusanku Ya Allah.
Aku mohon Kau beri aku petunjuk dan hidayahMu Ya Allah.
Aku mohon Kau jauhkan aku dari dugaan yang tak mampu untuk aku lalui Ya Allah.
Hanya padaMu aku bermohon dan hanya padaMu aku berserah.
Aminn ~

01 November 2011

Count on me .

Assalamualaikum.

You can count on me.
Like one, two, three.
I'll be there.
And I know when I need it.

I can count on you.
Like four, three, two.
You'll be there.
Cause there's what friends are supposed to do.

Nak tukar blog punya lagu tapi sayang dengan YOU.
;p

18 October 2011

);

Assalamualaikum.

I am feeling so hurt inside. Something happened. Sampai tak tahu nak cakap macam mana, sampai tak tahu nak cakap dengan siapa. Feel so hard. Nak pinjam bahu.

)`;

NO FACEBOOK FOR A WHILE.

13 October 2011

Bajet .

Assalamualaikum.

Aku takde la tengok full bajet yang si Najib tu bentang hari tu. Tapi ada la dengar melalui radio, dan baca suratkhabar. Senang cerita, tiaptiap tahun lebih kurang sama je. Cikgu cikgu cikgu. Nak buat macam mana, cikgu je yang paling berjasa. Belekbelek la nurses punya FB ke, blog ke, group ke, semua tak puas hati. Tapi ada kebenaran juga apa yang mereka ceritakan. JURURAWAT, pun ada jasa. Semua orang suka cakap, jururawat kerja kena ikhlas, bukan kerana duit. Dah nama pun KERJA, bukan KERJA AMAL. Semua orang buat kerja pun sebab dapat duit. Aku tak faham orang yang suka kutuk kerjaya jururawat ni cuma sebab gaji tinggi. Tinggi ke? Setimpal la dengan penat lelah kami. Tapi orang hanya tahu cakap, sebab tak rasa, tak alami apa yang kami rasa, apa yang kami alami. Sebab tu orang boleh cakap macammacam, sesuka hati je.

Jangan pandang kerjaya jururawat ni sebagai LOW STANDARD la.

Kami bangga kerana adanya HARI JURURAWAT. Korang ada?

09 October 2011

Surat TakRasmi ~

Assalamualaikum.

Ehemehem.
Macam haram.

Setiap orang kena tulis satu surat tak rasmi. Tajuk : Sebab gagal dalam exam mengikut faktor berikut ;
1) Faktor diri sendiri.
2) Faktor pengajar.
3) Faktor persekitaran.

Mulalah buat karangan macam budak darjah satu.

Surat TakRasmi aku adalah seperti berikut;

Nama : NIMYS.
No Matriks : BJ2009-dot3.
Tajuk : Sebab gagal dalam peperiksaan.


Saya merujuk kepada nama dan nombor matriks di atas ingin memberikan sebab kenapa gagal dalam peperiksaan. Antara sebab gagal dalam peperiksaan adalah faktor diri sendiri. Ini adalah kerana saya hanya mula belajar pada saatsaat akhir dan tidak menumpukan perhatian dalam sesuatu topik. Faktor pengajar pula, pengajar sudah memberikan yang terbaik untuk saya. Faktor persekitaran pula mungkin adalah kerana pengaruh rakan sebaya.


Sekian terima kasih.


Yang benar,
[sign]
NIMYS.

Cis. Tak sampai lima limit aku karang dah siap terus aku hantar.

*Hipokrit punya alasan. Aku benci Surat TakRasmi ni.

08 October 2011

Dear MyBlog .

Assalamualaikum.

Dear myblog,
Aku hanya ada kamu untuk aku cerita mengenai apa yang aku taknak cerita kat orang lain. *Melainkan orang yang baca blog aku. Aku takfaham lah orang bercinta ni. Bukan aku takpernah bercinta. Tapi xdelah seteruk sesetengah orang tu. Asal celik mata je, cari. Sanggup bangun awal, sanggup tidur lambat, sanggup takmakan beli topup. Boleh dikatakan tiaptiap masa yang ada hanya untuk pedulikan sang kekasih. Alahai. Nasib baik la aku bukan jenis macam tu. Aku tengok pun naik rimas. Kalau aku yang alaminya agakagak macam mana la. Stress.
Rimasrimasrimas. Aku nak tegur pun taktahu macam mana. Aku biarkan, aku yang stress. Tapi apa lagi aku nak buat. Dah dia bahagia macam tu. Aku support jela. Sebab dia kawan aku. Semoga kamu bahagia, kawan.
Sincere.

21 September 2011

Ku Suka Perasaan Ini ~

Assalamualaikum.

Bila exam sudah tamat. *Baru midsem punya exam. Tapi Alhamdulillah dah habis walaupun tahap menjawab yang cincai-cincai mempunyai peratusan yang sangat tinggi. Tapi apakan daya otak ni tak mampu nak tampung semua tajuk dari semester dua hingga lima. Banyak tuuu.

Semoga lulus semua!

;p

17 September 2011

Happy Birthday ~

Assalamualaikum.

Selamat ulangtahun kelahiran MM yang ke 25.
Semoga anda dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Terima kasih kerana pernah memberikan aku kenangan terindah.
And it will always be in my memories, dear.
FOREVER!
Sayang kamu.

P/S ; Aku benar-benar maksudkannya.

06 September 2011

Saya rasa nak nangis . cepat Peluk saya .

Assalamualaikum.

Tajuknya adalah berkaitan dengan page ini.


Saya rasa nak nangis . cepat Peluk saya


P/S ; Nak pinjam bahu. Sobsob. );

02 September 2011

Tak tahu siapa salah ~

Assalamualaikum.

Apabila aku dapat ucapan Selamat Hari Raya dari seseorang, aku terlintas untuk cakap, bila dia cakap, "Maaf sal dulu-dulu".

Aku ;
Yg dulu2 tu xthu mana salah mana silap mana puncanya. mls nak salahkan sape2. asal korang hepy ng hidup skrg, just go on. moga sntiasa hepy.

Dia ;
ktorg pon xtaw slh sape pncanye.. ktorg pon xde nk slhkan sape2.. juz nk mtak maaf xmo smpn lam ati.. smoga korg bhgia gak.. amin..

Bila aku dapat reply sebegitu, aku jadi berifikir, samada aku nak tanya, atau terus diam. Tapi aku pilih untuk diam. Dan berfikir, kenapa kami tak face to face bincang? Egonya masing-masing kan. Yang pastinya sekarang perasaan untuk ambil tahu tu dah semakin kurang. Sebab aku tak rasa benda tu penting pun. Jadi aku hanya akan biarkan yang sudah berlalu itu tetap akan menjadi masa lalu.

P/S ; Aku tak kisah apa orang nak kata, janji family aku bahagia.

18 August 2011

Hati lagi .

Assalamualaikum.

Pulang dari Kuala Nerang untuk A&E posting selama beberapa hari. Kembali posting di HSB untuk minggu terakhir sebelum Ramadhan berakhir. A&E posting yang singkat membuatkan tidak dapat belajar dengan banyaknya. Tapi Alhamdulillah ilmu yang diperolehi InshaAllah akan menjadi sangat berguna untuk digunakan di masa hadapan.

Aku terasa macam ada sesuatu yang hilang dalam diri aku. Apakah? Berfikir sejenak. Kemudian kembali untuk aku menerima kehilangan itu. SEKIAN.

Kadang-kadang apa yang kita cakap, akan disalahtafsirkan. Kadang-kadang mesej yang kita cuba nak sampaikan, tak dapat difahami, dan diterima dengan tepat. Akibatnya, makan hati. Siapa kata senang nak bagi orang faham apa yang kita nak sampaikan? Siapa kata senang nak bagi orang tahu apa yang ada dalam hati kita, fikiran kita? Kadang-kadang kita rasa bahawa kita dah sampaikan mesej dengan sebaiknya, tapi mesti akan ada yang salah faham juga. Entahla. Aku sendiri kadang-kadang tak tahu apa yang aku nak. Apatah lagi nak orang memahami.

Aku tak tahu, kenapa aku lagi suka pendam dan mengharapkan orang tahu apa yang aku nak. Memang takkan ada orang yang nak ambil tahu lah kan kalau dah macam ni. Padan muka aku. Tapi dah perangai macam tu. Jadi, nak taknak kena la terima apa je yang aku perlu dan patut terima.

P/S ; ~

12 August 2011

Cinta Muka Buku ~

Assalamualaikum.

Kembali lagi untuk menceritakan KISAH AKU dan CINTA MUKA BUKU.

Sejujurnya, pernah berlaku pada aku. Tapi cinta itu tidak kesampaian dan tidak mempunyai penghujung yang baik. Mungkin sebab si dia mempunyai cinta muka buku yang lain dan cinta muka buku dia itu bukan aku. Kesian aku. Huahuahua. Tapi tak mengapalah. Mungkin itu yang sudah tersurat untuk aku, dia dan mereka. Mungkin ada kebaikannya semua ni berlaku.

Kawan aku cakap ; tak suka cinta muka buku!
tak suka CINTA itu atau tak suka lagu itu. Hehe. Tapi aku tahu sangat maksud sahabatku ini.

Tapi ini adalah satu pengalaman yang takkan dapat aku lupakan. Kerana perasaan itu sangat indah. Peace.

P/S ; Tak cinta aku, tapi cinta kisah aku pun jadi lah. ;p

05 August 2011

5 Ramadhan ~

Assalamualaikum.

Sudah masuk hari kelima berpuasa untuk tahun ni. Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan dan kesihatan yang sempurna untuk melaksanakannya. Aku harap ini bukan Ramadhan terakhir buat aku. Tapi andainya ini adalah Ramadhan terakhir buatku, insyaAllah aku akan cuba untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Aminn ~

P/S ; Tiba-tiba teringatkan lagu Tilu - Ku bukan aku.
Part yang aku suka ;
Ku cuba setabah hati melupakan.
Dirimu dari ingatan.
Tapi semakin dicuba semakin rindu.

23 July 2011

LimitLimitLimitLimitLimit ~

Assalamualaikum.

Buat tajuk Limit ++.

Aku sudah sampai satu tahap rasa dah taknak update blog.
Sebab aku rasa tak dapat kurangkan beban bila aku tulis blog.

Makkk, aku kecewa.
Huuu~

Maybe better have another blog yang another taktahu tentang kewujudannya.
[Tapi aku harap aku masih ada keinginan untuk update blog ni selepas post ni.]

Aku nak cakap thanks to orang-orang yang aku sayang, yang pernah support aku satu masa dulu. Sebab aku dah tak rasa ada supporters sekarang. Maybe kena belajar untuk lebih berdikari, tak perlu bergantung dengan orang lain.

Ya, mereka pun ada life sendiri, bukan harus jaga dan ambil peduli hal aku seorang. Walaupun kadang-kadang aku rasa nak kembali ke zaman dulu-dulu tanpa orang ketiga. Walaupun aku rasa macam nak ada orang jaga aku macam dulu dia jaga aku. Sehingga aku fikir, kenapa sekarang dah tak macam tu. Berubah atau jemu. Negatifnya Nurul Izzah ni. Okei aku tukar ke positif. Positifnya, aku kena belajar untuk terima kenyataan yang dia dah ada orang lain, dan orang itu bukan aku. Dan aku tetap tak boleh nak kembalikan zaman tu dah walau apa pun yang aku buat. Dan mungkin ini pilihan dia dan aku kena respect apa yang dia nak. Semoga bahagia ye.

P/S ; Aku harus melepaskan sesuatu yang mungkin ianya bukan milik aku. Terima kasih. Saya tetap akan sayang awak! Ini janji saya.

Why adalah Kenapa .

Assalamualaikum.

I am listening for "WHY" for many times. I don't know WHY, but I know that I want to know WHY. I want to know the answer for the "WHY". Can you just give me answers for that many "WHY's".


This is the "WHY".

Why, do you always do this to me?
Why, couldn't you just see through me?
How come, you act like this
Like you just don't care at all

Do you expect me to believe I was the only one to fall?
I can feel, I can feel you near me, even though you're far away
I can feel, I can feel you baby, why

It's not supposed to feel this way
I need you, I need you
More and more each day
It's not supposed to hurt this way
I need you, I need you, I need you
Tell me, are you and me still together?
Tell me, do you think we could last forever?
Tell me, why

Hey, listen to what we're not saying
Let's play, a different game than what we're playing
Try, to look at me and really see my heart

Do you expect me to believe I'm gonna let us fall apart?
I can feel, I can feel you near me, even when you're far away
I can feel, I can feel you baby, why

It's not supposed to feel this way
I need you, I need you
More and more each day
It's not supposed to hurt this way
I need you, I need you, I need you
Tell me, are you and me still together?
Tell me, you think we could last forever?
Tell me, why

So go and think about whatever you need to think about
Go on and dream about whatever you need to dream about
And come back to me when you know just how you feel, you feel
I can feel, I can feel you near me, even though you're far away
I can feel, I can feel you baby, why

It's not supposed to hurt this way
I need you, I need you
More and more each day
It's not supposed to hurt this way
I need you, I need you, I need you
Tell me

It's not supposed to hurt this way
I need you, I need you
More and more each day
It's not supposed to hurt this way
I need you, I need you, I need you
Tell me, are you and me still together?
Tell me, do you think we could last forever?
Tell me, why 

20 July 2011

Sayunya HATI ~

Assalamualaikum.

Kawan cakap ; Kak Izzah ni asyik nampak hepy je.
Aku cakap ; Kalau sedih pun bukan orang tahu. [ And I just give a smile ].

Tiba-tiba rasa sayu bila teringatkan sesuatu.

Complicated can't be simple. Maybe.
Membuatkan aku rasa sangat susah.
Hati rasa sangat susah, sakit.
Kenapa ye.

Tolonglah pujuk hati aku.
No. Aku kena pujuk hati sendiri.

13 July 2011

Posting lagi ~

Assalamualaikum.

Ehemehem. Jururawat pelatih untuk semester yang terakhir atau dalam kata lain seperti yang dikatakan oleh Puan Yam, Tahun 3 Semester 2.

Untuk semester terakhir ni, pembelajaran teori cuma dua minggu, iaitu sepuluh hari. Walaupun cuma dua subjek, itu sudah cukup memeningkan kepala.

Untuk klinikal pula, empat belas minggu. 14/52. Bukan satu jangkamasa yang pendek.
   - 4 minggu - Medical ward.
   - 4 minggu - Surgical ward.
   - 2 minggu - Paediatric ward.
   - 2 minggu - A&E posting.
   - 2 minggu - OT posting.

For my first posting for this semester is, Paediatric ward, 5B, that will be start on this Saturday. Hope everything will be fine. (:

P/S ; Perlu mula ulangkaji pelajaran semester 2 hingga 5. Agak-agak boleh pengsan tak?

09 July 2011

Dia datang lagi ~

Assalamualaikum.

Aku benci DIA. Kenapa dia datang lagi. Huh! Aku call umi.

Umi ; Makan la ubat.
Aku ; Ubat dia kena balik rumah.
Umi ; Dah tu balik la.
Aku ; Kalau boleh balik dah lama balik. Ni, apa pun tak boleh.

P/S ; Get well soon Nurul Izzah.

08 July 2011

(:

Assalamualaikum.

Sudah lama blog tidak di update. Sehingga tak tahu nak tulis apa dah. Tapi aku 'curi' satu ayat yang aku jumpa kat FB.*kredit to Lia.

"Kalau awak tak boleh buat seseorang itu bahagia dengan awak, biarkan dia bahagia dengan orang lain".

Tapi macam mana kita nak tahu kalau-kalau orang tu tak bahagia dengan kita?

P/S ; Kalau tak bahagia dengan aku, bagitau ye. Nanti aku akan lepaskan kamu pada orang yang akan buatkan kamu rasa bahagia. (:

02 July 2011

Saja-saja .

Assalamualaikum.

Saja-saja nak cakap ;

MACAMLAH
KAW
KESAH
KAN ?

SIKIT
PUN
KAW
TAK
KESAH
KAN ?

OKEI .
THANKS YE .

Sekian.

P/S ; Takmo dah ps ps.