Pulang dari Kuala Nerang untuk A&E posting selama beberapa hari. Kembali posting di HSB untuk minggu terakhir sebelum Ramadhan berakhir. A&E posting yang singkat membuatkan tidak dapat belajar dengan banyaknya. Tapi Alhamdulillah ilmu yang diperolehi InshaAllah akan menjadi sangat berguna untuk digunakan di masa hadapan.
Aku terasa macam ada sesuatu yang hilang dalam diri aku. Apakah? Berfikir sejenak. Kemudian kembali untuk aku menerima kehilangan itu. SEKIAN.
Kadang-kadang apa yang kita cakap, akan disalahtafsirkan. Kadang-kadang mesej yang kita cuba nak sampaikan, tak dapat difahami, dan diterima dengan tepat. Akibatnya, makan hati. Siapa kata senang nak bagi orang faham apa yang kita nak sampaikan? Siapa kata senang nak bagi orang tahu apa yang ada dalam hati kita, fikiran kita? Kadang-kadang kita rasa bahawa kita dah sampaikan mesej dengan sebaiknya, tapi mesti akan ada yang salah faham juga. Entahla. Aku sendiri kadang-kadang tak tahu apa yang aku nak. Apatah lagi nak orang memahami.
Aku tak tahu, kenapa aku lagi suka pendam dan mengharapkan orang tahu apa yang aku nak. Memang takkan ada orang yang nak ambil tahu lah kan kalau dah macam ni. Padan muka aku. Tapi dah perangai macam tu. Jadi, nak taknak kena la terima apa je yang aku perlu dan patut terima.
P/S ; ~

0 comments:
Post a Comment