Aku takde la tengok full bajet yang si Najib tu bentang hari tu. Tapi ada la dengar melalui radio, dan baca suratkhabar. Senang cerita, tiaptiap tahun lebih kurang sama je. Cikgu cikgu cikgu. Nak buat macam mana, cikgu je yang paling berjasa. Belekbelek la nurses punya FB ke, blog ke, group ke, semua tak puas hati. Tapi ada kebenaran juga apa yang mereka ceritakan. JURURAWAT, pun ada jasa. Semua orang suka cakap, jururawat kerja kena ikhlas, bukan kerana duit. Dah nama pun KERJA, bukan KERJA AMAL. Semua orang buat kerja pun sebab dapat duit. Aku tak faham orang yang suka kutuk kerjaya jururawat ni cuma sebab gaji tinggi. Tinggi ke? Setimpal la dengan penat lelah kami. Tapi orang hanya tahu cakap, sebab tak rasa, tak alami apa yang kami rasa, apa yang kami alami. Sebab tu orang boleh cakap macammacam, sesuka hati je.
Jangan pandang kerjaya jururawat ni sebagai LOW STANDARD la.
Kami bangga kerana adanya HARI JURURAWAT. Korang ada?

0 comments:
Post a Comment