27 June 2011

Pesanan .

Assalamualaikum.

Mak saya cakap, kalau kita tanam pokok bunga, biarkan ia berbunga dulu, baru kita nak buang pokok bunga yang kita taknak. Sebab nanti kalau pokok bunga yang kita tanam tu tak berbunga, kita akan kecewa sebab dah buang dulu pokok bunga yang sedia ada dan akhirnya kita takkan miliki apa-apa pun. Pokok bunga yang kita taknak tu mungkin mempunyai banyak kekurangan, tapi yang baru kita tanam belum tentu akan membuahkan hasil seperti yang kita harapkan dan belum tentu akan jadi lebih baik dari yang kita pernah miliki. Jadi, jangan terlalu nak memiliki dan mengejar kesempurnaan, kerana kita mungkin tidak berhak ke atasnya. Bersyukur dengan apa yang kita miliki.

MOTS ; Jangan sampai, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

P/S ; Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian lu boleh jalan. Peace.

2 comments:

aisHa 'S' said...

so means dat...??
what is ur decision...?

misz . izzah said...

Its not about me lah dear.
(;