17 March 2011

Aku tanya, kau jawab ~

Assalamualaikum.

Tema asalnya bermain teka-teki. 0yes. Sudah lama ditinggalkan. Kini menjadi hobi baru. Membuatkan rasa ingin ketawa.

1 ;
NI ; gedio hop turun slow, naik laju.
MM ; tutt. [ huahuahua ].
MM ; gunung berapi. [ tak fikir panjang, terus aku jawab, SALAH! ].
MM ; flying kick. [ aiyak! aku hampir-hampir nak demo flying kick ].
[ jawape ; hingus! yekk! ].

2 ;
NI ; buah gapow xdop tangkai.
MM ; buah hati! [ pantas! bab-bab ni memang cepat ].

Berbalas ; [ Err, ... ].
MM ; buah gapo ado telur.
NI ; hint? [ awal-awal aku sudah tanya hint. harap sabar main teka teki dengan aku. sebab aku akan tanya HINT dulu ].
NI ; telur dup dalei ko dup lua. [ habis hint pun aku tak dapat teka, aku tanya soalan. dengan harapan dapat jawab. sesungguhnya memang aku tak reti. wakaka ].
MM ; jawape ; buah hulu. [ tersengih-sengih aku dapat jawapan ].

3 ;
NI ; anop gapow kito pijok.
MM ; anop semut.
MM ; anop kucim. [ Nampak sangat kejam. wahaha ].
[ jawape ; anak tangga ].

Sembang-sembang. Berehat sebentar. Ingatkan tak nak sambung dah. Tapi ada yang sudi untuk diteka diteki kan lagi. Dengan riak dan takbur, mengatakan ; ore jawab senafas jah [ aku juih bibir ]. HEHE.

4 ;
NI ; lembu gapow ore cari. [ saje bagi soalan dia boleh jawab senafas. congrates congrates! HUHU ].
MM ; lembu yg hilang. [ memang nampak confident ].

5 ;
NI ; gapow hop naik xturun2. [ ehem ehem. ni pun saje bagi yang mudah ].
MM ; umur! [ dalam hati, kena cari koleksi teka teki kanak-kanak ni baru dia dapat jawab betul. wakaka ].

6 ;
NI ; binatang gapow xdop palo?
MM ; kura2. [ Terbayang kura-kura. Sambil bayangkan kura-kura takde kepala betul-betul ].
MM ; hint.
NI ; buleyh dimakei.
MM ; landak. [ Agaknya dia tertukar landak dengan binatang lain ].
MM ; aye keno smelih.
NI ; wakpo xoyap lembu keno semelih. [ kalau ikut nak hurai lagi banyak pasal binatang kena sembelih ni ].

7 ;
NI ; bintang gapow dup dalei laut.
MM ; tapak sulaiman. [ 0yes. Soalan mudah yang budak umur 4 tahun boleh jawab. Saje test kat orang umur lebih dewasa ].
MM ; patrick star! [ Terus terbayang patrick! 0uh, si penjawab ni peminat kartun. Patut lah ].

8 ;
NI ; Gapow dio pagar dup dalei, tebing dup lua.
MM ; ore tane ubi? [ sambil aku tengok semula soalan, dan berfikir. Kenapa jawapan lain macam je. 0uh, patut lah. Takde kaitan. Wakaka ].
MM ; ore paka brace.
MM ; ore paka gigi besi.
MM ; ore paka gigi palsu.
MM ; ore tane ubi paka gigi besi. [ lagi la aku rasa takde kaitan ].
MM ; Kenapa gigi? [ Tidak puas hati. Sorry. Soalan dan jawapannya begitu ].
Tapi ada juga terfikir, macam takde kaitan jugak. Haha. Aku ni semua aku kata takde kaitan.

9 ;
MM ; Sapo keno maroh time gorib td. [ err. diam sekejap ].
NI ; MM! [ ketawa tak pandang kiri kanan ].
Teringat kena marah. Tapi buat tak tahu je. Abe bekem!

P/S : I miss you!

12 March 2011

Teruja . Excited , rupanya sama ~

Assalamualaikum.

Aku, sudah lama tidak mengalami perasaan teruja. Wah, terima kasih. Kerana memberi satu pengalaman yang mengujakan yang tak pernah berlaku pada aku sebelum ini. Sesungguhnya aku sangat suka, dan sangat suka, dan tersangatlah suka.

I miss you!

19 February 2011

Semuanya Kerana KAWAN ~

Assalamualaikum.

Kenapa? Sebab kawan, aku sangat mudah terasa. Kenapa? Kawan-kawan buat aku macam ni. Kau, pilih orang yang kau baru kenal semalam, daripada aku. Tinggalkan aku sorang-sorang. Fine. Kawan yang sangat bagus untuk aku. Kenapa ada satu je kawan macam kau? Kau. Buat aku berair mata. Terima kasih.

Kau lagi. Bukan. Kau orang lain. Buat aku sakit hati. Kenapa? Aku kacau kau ke? Cuit pun tak. Kau? Kata-kata, tak reti nak jaga? Kau. Juga. Buat aku berair mata. Terima kasih.

Kau. Orang lain lagi. Kawan juga. Hurghhh! Tak tahu nak cakap macam mana. Kau. Juga. Buat aku berair mata.

Kau. Juga orang lain. Kenapa? Keras hati. Nak lawan dengan aku? Betul ni? Tapi, kenapa? Salah ke aku? Aku salah, aku sorry. Tapi. Betul nak aku terus buat tak tahu? Okay, aku buang semua benda yang ada kenangan, kaitan dengan kau. Tak cuit. Duk diam-diam dalam tanah. Kau. Cakap. Tak nak buat aku sakit hati, sahaja, bukan cakap, tak nak buat aku berair mata. Terima kasih, kau berjaya.

Terima kasih, semua. Kawan-kawan. Yang aku sayang ~

17 February 2011

BUKAN B0san , TAPI agak letih ~

Assalamualaikum.

Semua, bukan kerana aku bosan, bukan kerana aku jemu, bukan kerana aku benci. Tapi, aku penat, aku letih, aku rasa perlu ruang, perlu sesuatu, untuk diri aku sendiri. Bukan kerana aku pentingkan diri, tapi kerana orang tidak menganggap aku penting.

Nak jaga hati orang, bukanlah semudah ABC, bukan semudah 123. Jaga hati sendiri, pun sangat susah, apa lagi jaga hati orang. Tersangat penat. Need Rest !

05 February 2011

February kembali ~

Assalamualaikum.

Usia. 24 tahun. 3 February. Menjadi aku, mencari sesuatu, mengimpikan sesuatu. Apakah? Masih mencari.

Menyakiti dan disakiti. Rasanya? Aku merasakannya. Kamu juga. Sorry.

29 January 2011

SAYE minta maaf ~

Assalamualaikum.

Tak semua benda kita boleh faham kalau orang lain tak bagitahu kat kita. Jadi, apa salahnya kalau bagitahu. Aku tak suka nak buat andaian, nanti 0rang kata aku sy0k sendiri. Tapi bila aku dah tahu, baru aku fikir, kenapa aku baru tahu? Kenapa aku tak perasan selama ni? Tapi kalau aku tahu, apa yang aku nak buat?

Seri0usly, aku memang sangat sayang, PERSAHABATAN ni. Kenapa ianya macam nak berakhir macam tu je? Aku langsung tak pernah sangka. Sikit pun tak pernah terlintas.

Tapi, saya betul-betul nak minta maaf. Sebab tak perasan, sebab lukai kamu. Sangat minta maaf.

27 December 2010

Nice Day ~

Assalamualaikum.

Hari yang sangat indah, membuat hati rasa berbunga-bunga. Program yang sangat banyak. Seawal 6.oo pagi hingga 7.oo petang. Sangat penat, tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Syukur sangat-sangat.

Hari ini, pertama kali ;
  • Tengok pengantin bersiap, mekap [kat rumah aku pula tu].
  • Ikut rombongan yang melibatkan ahli keluarga [sebelum ni tak pernah ikut langsung, ni naik bas pula tu].
  • Pengantin lelaki dan perempuan ke rumah pengantin lelaki bersama-sama [selalunya pengantin lelaki tunggu pengantin perempuan kat rumah dia je kan?].
  • Ada seorang makcik cakap kat umi aku nak buat aku ni menantu dia [cakap depan aku pula tu. dah la tengah makan 'colek' sambil berdiri. HAHA]
  • Ada orang menggunakan maksu aku untuk 'berkenalan' dengan aku [sangat berani, tapi kalau dia cakap dengan aku sendiri depan-depan, lagi aku respect. HEHE].
  • Tengok orang buat '?persembahan ular' sambil 'jual ubat' di Pantai Cahaya Bulan. Tapi macam jual ubat lagi lama dan priority bagi mereka. [Sebelum ni tak pernah singgah tengok pun, ni pun tengok sebab terpengaruh dengan ajakan kawan].
  • Niat pergi PCB nak minum air kelapa, tapi tak minum sebab tengok benda alah tu la. [tak pernah datang sini tapi tak minum air kelapa].
  • Makan 'lokcing' yang keras. [nampak je macam sedap, tapi hampeh. tapi nasib baik orang belanja].

Terfikir, kenapa ada banyak PERTAMA KALI yang berlaku pada hari ini? Tapi bersyukur kerana memberikan aku 1 pengalaman baru.

Err 'membuat hati rasa berbuna-bunga' itu adalah bukan disebabkan ini. Tapi ada sesuatu. Biarlah rahsia. Kerana ianya adalah bukan untuk diceritakan.

(: 

15 December 2010

Peluang . Bersyukur ~

Assalamualaikum.

Saat teringatkan sese0rang. Sangat teringatkannya. Padahal aku dah cuba kuatkan hati. Tapi hati wanita, tetap hati wanita. Minda sudah set, perlu tetap, perlu cekal. Aku sangat patuh pada minda dan hati. Sangat percaya kata hati. Tapi adakah hati tu sentiasa betul? Adakah hati selalu setia? Aku berharap.

Hari ni meluangkan masa untuk membaca dan membaca. Dan aku sangat suka pada ayat-ayat ini ;

" Berapa ramaikah manusia hari ini yang bersyukur kerana diberi kesempatan atau peluang mendapat sesuatu nikmat atau rahmat. Lantas apabila peluang itu berlalu pergi mereka merasa menyesal dan ternanti-nanti peluang seterusnya. Dan berapa ramai pula orang yang langsung tidak menyedari peluang-peluang yang datang dan pergi pada mereka bahkan biarpun mereka menyedarinya, namun sedikitpun mereka tidak merasa kerugian atau terkilan kerana mensia-siakannya. Sesungguhnya peluang untuk mendapat kebaikan itu sangat banyak bahkan ia wujud di mana-mana dan dalam setiap perkara. Cuma tabiat manusia yang tidak suka untuk melakukannya disebabkan hati dan fikiran mereka sudah dijajah oleh nafsu yang membuatkan hati mereka menjadi keras. Seharusnya kita hendaklah bersyukur apabila diberikan sesuatu peluang kerana tidak semua manusia diberikan kesempatan yang sama sebaliknya kita hendaklah merasa malu kepada Allah kerana gagal menggunakan peluang dan tawaran-Nya yang begitu berharga dengan sebaiknya. "

Then if berbalik pada diri aku. Tertanya-tanya jugak, peluang mana yang aku tak nampak? Peluang mana yang aku sia-siakan? Ouh, adakah aku terg0l0ng dalam g0l0ngan 0rang-orang yang rugi? Ya Allah. Aku harap peluang sentiasa ada untuk aku.

13 December 2010

Kau kata aku SIAL ?

Assalamualaikum.

Memang sangat berani la 0rang tu kata kat aku macam tu. Tapi aku tak sempat nak save ayat yang dia kata aku sial tu. Tapi yang seterusnya ada la.

Sebab dia cakap aku sial? Ada sebab juga. Sebab aku cakap ;

"cpt da dpt awek br.
memang da spare k0t."

Tapi dengan ayat itu, layakkah dia cakap aku sial? Dia tu, baru putus dengan girlfriend lama, tak sampai seminggu pun lagi. Tup2, kat Facebook dah buat in a relationship with. Cepat gila pegi mengadu kat awek dia tu. Memang sangat cekap, pantas, efisyen. Memang 'respect' lah.

sambungan selepas dia kata aku sial.
tapi delete pula.
berani cakap, tapi delete pula bila aku s0und balik.


Tapi kenapa delete? Takut? Pastu cakap bukan cakap dekat aku la. K0n0n! Terang-terang dia ada tulis nama aku kat depan tu. IZZAH. Aku nampak dengan mata aku sendiri. Then ayat, "sial tul."

Kenapa dengan satu perkataan sial tu aku boleh tersangat panas hati? Ayat-ayat berikutnya dia cakap ibarat aku ni sama macam ex-girlfriend dia tu. Memang sangat aku bengang lah kan. Kau kenal aku pun tak, kau cakap aku macam tu. Banyak cantik?

Eii geram geram geram geram geram! Takpe la. Sabar Nurul Izzah . Btw, terima kasih ye.

11 December 2010

Jalan-jalan . Makan McDeluxe . Makan Pizza ~

Assalamualaikum.

Hari ni, hari keluar! Hari keluar? Whatever lah.


Pagi :

[ Aku | Tyah | Husna | Qilah ]

Pagi-pagi dah keluar dengan adik-adik ke KB Mall. Jalan-jalan window sh0pping je la. Then, lunch h0ur! Makan McD. Menu pilihan, tak lain dan tak bukan, Spicy Chicken McDeluxe L Set. Muahaha~ Tapi adik aku, Nurul Aqilah yang belanja, disebabkan elaun aku yang tak masuk-masuk lagi sampai hari ni. Hish! Mulalah rasa nak marah ni cakap pasal elaun! Huh! Geram! Tapi, Alhamdulillah makan lah sekenyang-kenyangnya. Thanks Qil~


Tengah hari :

Selepas lunch, balik berehat di rumah. [Macam penat sangat lah tu.]


Petang :

[ Aswad | Tuan yang belanja piza ]
Temkiuuu s0oo much
Hee ~


Pizza time! Yeay ada 0rang bagi mesej kata nak belanja Pizza. Bukan sebab apa, sebab dia sudah janji sama aku suatu masa dulu. Thanks Encik Khairul Aswad. Next time boleh belanja lagi. Hehe~ Jap-jap! He's my BFF 0keh? Kawan dari sek0lah menengah lagi. Takut ada yang salah faham pula.

[ Inilah pizza ]

Malam :

Men0nt0n televisyen. Yes! B0la sepak Final Piala Emas Raja-raja 2o1o.

Kelantan VS Kedah
O - O


Kemudiannya, dibawa ke masa tambahan. Tapi tetap tiada jaringan dilakukan 0leh kedua-dua pasukan. Apa lagi, penalti la jawabnya.

Penalti? Yeayyy! Kelantan menang dengan mata 4-3. Cayalah. Piala Emas Raja-Raja yang ke 70 milik Kelantan.


10 December 2010

Melawat Cik Cheng ~

Assalamualaikum.



Macam tak percaya je melawat tutor kami di KKAS iaitu, Cik Cheng Chooi Lee di H0spital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian ni je. Huhu~ Baru lepas menjalani pembedahan di lutut. Tapi tak tanya dia pun operate apa sebenarnya. Buat-buat tahu je la. Hehe~

Cik Cheng yang sifatnya garang yang teramat tu, yang tak pernah nak senyum dengan student tu, yang suka kejar student kat asrama tu, hilang sekejap semua sifat-sifat tu. Sangat baik, mesra. Tak macam Cik Cheng lah pulak. Haha~

Anyway, kami doakan Cik Cheng cepat sembuh la ye~

Thanks kepada crew-crew [Kaksu, Matju, Raudhah, Chah dan Idah]

08 December 2010

Kamu ~

Kenapa? Tak balas mesej. Call pun tak nak angkat. Hish. Aku salah ke? Cakap kat aku kalau aku salah. Aku minta maaf. Bukan niat aku la nak tolak kau. Tapi aku tak nak terima kau sebab aku kesiankan kau. Lepas kau cakap kau ada cancer tulang, seriously aku memang sangat terkejut. Aku ingat kau tipu aku. Lepas 3G, teng0k sendiri kau macam mana, aku rasa memang tak nak percaya. Aku fikir, kenapa jadi kat kau macam tu. Aku rasa macam nak terus pergi JB. Tapi kenapa jauh sangat. Then, aku tak boleh terima kau sebab aku tak cinta kau. Minta maaf, sayang. Aku tak tahu macam mana nak cakap tentang apa yang aku rasa. Tapi sekarang, aku cuma rasa nak tahu, macam mana keadaan kau. Kenapa kau diam? Dah tak nak share dengan aku dah ke? Takkan sebab tu je? 6 tahun kau boleh sabar dengan aku. Sekarang dah tak boleh? Aku risau. Tak tahu nak share dengan sape. Sedih k0t. Tapi kau mesti lagi sedih kan.

Aku ingat kau cakap kat aku,

"Takde sape nak teman aku kat sini. Nasib baik ada nurse lawa-lawa kat sini. Tapi, kalau nurse tu kau, aku rasa macam tak nak baik sampai bila-bila. Biar kau jaga aku."


Aku hilang kata-kata. Dia pun diam. Dalam hati aku, Allah je yang tahu macam mana aku rasa. Sedih sangat. Aku cuma mampu doakan, sem0ga kau cepat sembuh. Nanti kalau ada kesempatan, aku pergi teng0k kau ye. Aku tak janji, tapi aku akan cuba, untuk kau, kawan aku.

Ya Allah . Ya Allah . Ya Allah ~

Saat memerlukan-Nya. Saat teringatkan-Nya. Saat merasakan kebesaran-Nya. Subhanallah ~

Sesungguhnya aku menyedari, segalanya tentang-Mu adalah paling indah. Hanya pada-Mu aku berm0h0n, hanya pada-Mu aku berserah, hanya pada-Mu aku meminta. Aku cuma mem0h0n Kau berikan yang terbaik buat aku. Dan apa yang aku lakukan mendapat keredhaan dari-Mu. Tunjukkan aku jalan dalam mencari keredhaan-Mu Ya Allah ~



[Maher Zain - Insha Allah]

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah . Insha Allah
Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah . Insha Allah
Insha Allah you’ll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's way too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah . Insha Allah
Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah . Insha Allah
Insha Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way
Showed me the way . Showed me the way . Showed me the way

Insha Allah . Insha Allah
Insha Allah we’ll find our way

Insha Allah . Insha Allah
Insha Allah we’ll find our way

Insha Allah . Insha Allah
Insha Allah we’ll find our way

Insha Allah . Insha Allah
Insha Allah we’ll find our way

Cinta Aku? Sayang Aku?

Susah tak rasanya kalau cinta tak berbalas? Susah. Sangat-sangat susah.

"Dear, bukan aku tak sayang kau. Tapi, kita kawan da lama kan. Lagipun kau penah tipu aku. Aku tak b0leh terima 0rang yang penah tipu aku. Jadi, kita kawan 0keh?"

Tapi, asal aku lak yang rasa sedih bila aku cakap camtu kat dia? Sedih k0t sebab lukakan hati 0rang. Aku minta maaf. Bukan niat aku. Kenapa kau sayang aku lama sangat? Kenapa cinta aku lama sangat? Dah 6 tahun kan. Tapi sampai sekarang aku tak boleh terima kau lagi. Kenapa kau nak tunggu aku lagi? Mohamad Haidar bin Mohd Zakaria, cari la 0rang lain. Aku cuma boleh jadi kawan je untuk kau.

"Sayang, kenapa tak b0leh terima aku? Aku ni teruk sangat ke? Memang aku penah tipu kau dulu. Tapi sekarang aku memang sayang kau. Sangat lama aku tunggu kau. Takde ke ruang untuk aku sikit pun dalam hati kau?"

Aku hanya biarkan ianya tidak berjawab. Aku sayang kau, macam aku sayang kawan-kawan aku. Tapi aku belum sedia nak ada sape-sape. Sebab aku tak percaya lelaki. Cakap lain, buat lain.

Aku dah cakap awal-awal, aku tak suka 0rang yang tak jujur. Aku cuma nak JUJUR je. Susah sangat ke? Malas nak fikir daa.

04 December 2010

D0nt simply "JATUH CINTA" ~

Bak kata 0rang tua-tua. "Jangan mudah jatuh cinta, melainkan kepada Allah yang Esa". Banyak kebenarannya. Banyak kelebihannya. Untuk mengelakkan diri kita dari lupa pada Allah, untuk mengelakkan diri kita lupa pada keluarga kita, demi cinta kepada manusia.

Dunia! Memang macam tu. Manusia! Memang macam tu. Mudah lupa, mudah leka, mudah terpedaya. Lumrah k0t macam tu. Tapi kita yang menc0rakkannya. Bagaimana? Iman di hati, perlu kuat, perlu teguh, perlu tegas. Susah? Tak susah kalau kita inginkan. Tapi akan jadi susah kalau kita anggap ianya susah, dan tak nak terima. Pelik kan. Kenapa benda-benda macam ni 0rang akan anggap susah. Nak buat jahat tu, punyalah senang. Tapi nak buat kebaikan tu, mesti akan fikir, apa ganjaran yang kita akan dapat. Kalau takde ganjaran? Kebaikan tu akan dianggap sia-sia. Padahal ganjaran dari Allah tu lebih besar dari segala-galanya. Subhanallah.

Aku cukup rasa bahagia jika aku dapat ganjaran itu. Walaupun kadang-kadang kebaikan yang dibuat dibalas dengan kejahatan, aku harap aku cepat sedar, bahawa aku perlu redha dengan apa yang berlaku. Aku tetap akan ikhlaskan hati. Ye! Aku perlu.

Jatuh cinta? Perlu. Tapi kena pada "sesuatu" yang "perlu". Means? Tak kisah, selagi tidak melampaui batas, selagi tidak melanggar perintah agama, selagi tidak mer0sakkan diri sendiri, selagi tidak mencemarkan maruah diri dan keluarga. InsyaAllah aku akan pertahankannya. Jadi, walaupun ada cinta itu, jangan serahkan keseluruhan cinta itu pada sese0rang itu, sebaliknya, simpanlah cinta kepada diri sendiri itu melebihi cinta pada 0rang lain. Sekurang-kurangnya, kita masih b0leh bangkit, sekiranya kita terjatuh. Ye! Must! Mesti!

02 December 2010

Rumah Sri Kenangan , Kangar ~

Assalamualaikum.

Rumah Seri Kenangan Kangar,
Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah,
Kampong Jejawi Utan Buloh,
02600 Kangar,
Perlis Indera Kayangan.


Selama dua hari kami seramai 17 0rang berada di sini, bersama-sama dengan warga tua yang tinggal di Rumah Sri Kenangan ini. Apa perasaan? Teruja? Sayu? Kesian? Macam-macam ada. Sampai tak tahu apa yang nak dikatakan. Mereka datang dari pelbagai latar belakang, pelbagai bangsa, pelbagai agama, pelbagai kisah. Tinggal di satu tempat. Mungkin sukar. Tapi mungkin itu takdir mereka.

[ Adalah hasil kraftangan penduduk di sini | Barang-barang lama peninggalan warga tua ]

[ Meninjau sekitar RSK ]

Tapi memberikan aku pengalaman yang takkan dapat aku lupakan sampai bila-bila pun. Aku akan pastikan, abah dan umi aku takkan jadi macam tu. Aku takkan biarkan. Walau apapun yang terjadi, selagi aku mampu, aku akan menjaga abah dan umi aku dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah.

26 November 2010

Hepy burfdae Umi ~

[Dengan umi tercinta]

Ucapan buat umi tersayang ~ Zaleha binti Arifin

"Umi, selamat hari lahir yang ke 51 tahun. Sem0ga umi sentiasa dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, bahagia hidup di dunia dan akhirat. Sem0ga umi sentiasa hidup dengan gembira dengan redha Allah swt. Sayang umi buat selamanya. "

Sangat sayang pada umi aku. Bagi aku, umi aku adalah ibu terbaik seluruhnya. Takkan ada 0rang lain yang b0leh gantikan tempat umi dalam hati aku. Aku harap akan sentiasa dapat d0akan yang terbaik untuknya.

Aduhai. Aku bukan b0leh cakap pasal ibu ibu nih. Sensitif lebih. Rindu pada umi. Harap cuti semester tiba dengan lebih cepat.

13 November 2010

Tah Pape ~

Nak kata aku jahat ? Kata la . Kamu-kamu itu hanya dengar cerita dari satu pihak . Kalau kamu-kamu itu percaya , kamu-kamu itu sama je dengan 0rang yang cerita tuh . Please la , ingat aku heran ke weh ? K0rang duk canang cerita buruk 0rang , k0rang ingat k0rang tu baik sangat ke ? Sebab k0rang takde kebaikan , jadi k0rang nak cerita keburukan 0rang lah kan . Memang sangat canteq perangai k0rang . Salut laa ~

Aku memang tak paham lah . Orang ni kalau dah tak reti nak hargai apa yang 0rang lain buat , tak payah la nak anggap diri tu terlalu bagus , sebab kamu tu pun bergantung dengan 0rang lain juga . Hey , wuts wr0ng huh ! Tak pernah tanya , tak pernah cakap , ingat 0rang akan faham ke weh ? Siapa yang mulakan dulu ? Aku ke ? K0rang ? Betul la kata 0rang , k0rang nih , bila dah ada buat salah , ini la cara k0rang nak sembunyikan salah k0rang . Sedar la dari mimpi weh , k0rang ingat k0rang b0leh tipu 0rang lain sampai bila-bila ke? Satu hari nanti, Allah akan tunjuk kat semua 0rang, siapa yang betul, siapa yang salah. 0rang yang suka fitnah 0rang lain ni, takkan hidup bahagia lah.

08 November 2010

Pelik ~

Ada perasaan itu aneh. Tapi tiada perasaan itu lagi aneh k0t. Actually saja je nak menaip ikut tangan nak taip apa. Ikut apa je yang terlintas di fikiran. Sehingga mengeluarkan ayat-ayat yang skema. Memang suka sebenarnya mengeluarkan ayat-ayat skema semasa mengep0st ni.

.
.
.

Baru lepas teng0k separuh akhir Juara Lagu kat TV3 sebenarnya ni. Es0k ada exam. Subjek Health Science. Pasal kebanyakan penyakit berjangkit. Yang bagusnye, belum dibuka untuk distudy. Adey la~ Kenapa la malas sangat ni. Bila nak rajin pun entahlah.

.
.
.

Tiba-tiba teringat pula pada sese0rang yang aku baru kenal ni. Sebenarnya dikenalkan 0leh sese0rang yang lain juga. Aku suka dengar cerita dia pasal family dia, pasal latar belakang dia. Walaupun dia dah takde mak ayah, tapi dia sangat berdikari walaupun umur dia baru 24 tahun. Masih ada adik-adik yang masih bersekolah. Tinggal sama-sama dengan dia. Kira 0kei lah ada 0rang yang macam ni. Susah nak jumpa. [ Maybe sebab aku tak pernah jumpa 0rang camni k0t, sebab tu kate susah nak jumpa ]. Hehe ~ Tapi berkawan itu tidak salah. Senang berkawan dengan dia. Tapi apa dah jadi dengan kisah lama aku? Tak tahu pun sebenarnye dah berakhir ataupun belum. Jadi aku t0lak dulu ke tepi, f0cus pada sesuatu yang lebih penting, iaitu EXAM !

.
.
.

Tapi yang aku pasti, yang aku tahu, aku still sayang dia. Sebab kenangan mungkin. Tiap-tiap hari dibayangi kenangan tu. Tiap-tiap kali aku rase sunyi, aku mesti teringatkannya. Haish! Penatnya kalau macam ni. Duk termenung sana sini. Jangan aku jadi macam 0rang gila es0k-es0k sudah laa. Mintak dijauhkan la dari semua tu.

.
.
.

Masa untuk tidur. Charge semula untuk 'bangun' es0k pagi.

06 November 2010

Bah 0h! Banjir ~

Adey lar. Penim kepale aku bile pk sal banjir nih. Dari hari Rabu hari tu [ 3 N0vember ] lagi takde bekalan air kat asrama ni. Tapi aku tetap akan mandi 2 kali sehari. Sebab biasenye aku akan mandi 3 kali sehari. Kene kurangkan 1 kali rase agak susah jugak la nak biasekan diri. Sampai hari ni, hanye dapat bantuan dari JKR. Dengar-dengar critenye datang jauh nun dari Kulim. Al0r Star ni da takde bekalan air bersih da k0t. Kesian bet0l kat kami ni aku rase. Hish! Memang sangat susah rupenye hidup tanpe bekalan air ni. Penat k0t. Hari-hari kene angkut air dari bawah hingga tingkat empat. Pusing 2 bl0k baru sampai bilik aku. Hari-hari macam ni bleyh kurus k0t. Sayang lemak laa. Haha~ Sampai bile la keadaan nak jadi makin baik p0n aku tak tahu. Berite terbaru baru terime hari ni, banjir semakin buruk, bekalan elektrik bakal putus, tapi belum putus lagi la buat mase ni. Tapi H0spital Sultanah Bahiyah ni sudah menjalankan 0perasi memindahkan pesakit-pesakit ke h0spital berhampiran seperti di Sungai Petani, Penang, Ip0h mungkin. Merate-rate la. Sedih gilew teng0k mereka dipindahkan dengan menaiki truck askar tuh. Bersusun truck askar tu kat depan casualty. Sempat jugak aku snap gambar. Tapi tak banyak sebab tengah-tengah snap tu, abang-abang askar tu duk menyakat. Aku p0n malu-malu la k0n0n. Haha~ Sempat la sikit p0n sikit la. Tapi belum di edit. Nanti sudah di edit, aku upl0ad next tyme.